Tuesday, September 24, 2013

* SAJAK ~ HUJAN SEMALAM




HUJAN SEMALAM


dan hujan pun turun lagi
tika rona pelangi mahu membias tujuh
lalu hilanglah warna ungu
di setiap susuk indahnya rasa

dan hujan pun melebat lagi
tanpa peduli jendela hati yang terlupa ku tutup
lalu karamlah ruang jiwa tak terduga oleh dusta

kini hujan pun berhenti
dan anak pelangi belajar menari di celah manisnya matahari pagi
tapi aku telah lama tersungkur
dek gelinciran hujan dan gelap semalam
aku malah meraba jalan pulang yang hitam
tatkala hujan mengulang tanpa bintang.....

By: Tiger Lily

* Please CLICK HERE to see more.

~ Thank You ~

2 comments:

  1. tengok entry ni teringat lagu Sudirman, "hujan yang turun..Bagaikan Mutiara"....

    ReplyDelete
  2. hmm....best senikatanya.... kalau hujan tu mutiara lagi best hehee

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...