Monday, October 21, 2013

* DIARI HATI ~ NOSTALGIA ROTI DAN SUSU




Mari bernostalgia sebentar bersama saya... Antara kenangan nostalgik yang masih segar di ingatan sewaktu kecil dulu, makan roti cicah susu pekat. Rasanya ketika itu, inilah makanan yang paling sedap untuk dimakan semasa bersarapan. Maalumlah, dengan bilangan yang besar seramai 17 orang satu keluarga termasuk mak dan abah, rasanya itu sajalah yang dapat kami nikmati. Jarang sekali kami dapat menikmati keenakan kaya atau jem, apatah lagi 'peanut butter'. Tapi bukan saja roti, yang sedap dicicah susu, lempeng pun kami makan bersama susu juga.

Pernah juga ada ketikanya kami terpaksa jadikan susu pekat sebagai pengganti lauk. Bermakna, susu pekat dimakan bersama dengan nasi. Pun begitu, ia bukan satu masalah kerana bagi kami ketika itu, apa saja yang dihidangkan adalah sangat menyelerakan. Hmm... Tak percaya boleh cuba sendiri... hehee....

Kerana keenakan yang sukar untuk dilupakan itu, maka sesekali saya pasti akan menikmati keenakan susu dan roti atau lempeng, sambil bernostalgia lagi... dan lagi.... 

~ Thank You ~

1 comment:

  1. Ha, betul la.Dah lama tak makan roti dengan susu pekat. Sedap dan mudah!

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...