Image by Google |
LILIN
Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu miskin dengan 2 orang anaknya. Pada suatu malam tiba-tiba lampu mati. Dengan bantuan cahaya telefon bimbit dia ke dapur mahu mengambil lilin, tiba-tiba ada yang mengetuk pintu, ternyata anak miskin sebelah rumah.
Anak itu bertanya dengan risau: "Kakak, ada lilin tak?"
Gadis itu berfikir: JANGAN PINJAMKAN nanti jadi satu kebiasaan, maka si gadis berteriak, ..."TIDAK ADA!!".
Ketika itulah si anak miskin berkata dengan riang: "Saya sudah duga kakak tidak ada lilin, ini ada 2 batang lilin saya bawakan untuk kakak. Kami bimbang kerana kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin."
Si gadis merasa bersalah, dalam linangan airmata dia memeluk anak kecil itu erat-erat.
Sahabat, janganlah kita mudah BERPRASANGKA, dan BERKONGSILAH...kerana kekayaan tidak bergantung kepada berapa banyak kita ADA, tetapi berapa banyak KITA BOLEH MEMBERI.
SEMOGA MENDAPAT MANFAAT, IN SHA ALLAH
Sumber: Facebook sahabat
~ Thank You ~
Sungguh bermakna. Kita terlalu mudah beranggapan yang tidak baik. Walhal kita tidak sedar, kadang kala yang kita fikir itu, salah semuanya.
ReplyDeletewalau siapa pun kita , perlu ada sifat insaniah ...
ReplyDeleteperingatan kat kita supaya jangan berprasangkan dan sombong kan...Tuhan kalau nak tarik rezeki kita bila-bila aje..
ReplyDelete