Monday, October 28, 2013

* RESEPI ~ NASI GORENG BEREMPAH

Click image to view actual size.



Bahan-bahannya:
1. Nasi putih ~ 3 cawan
2. Udang kertas ~ 1 cawan
3. Bawang putih ~ 3-4 ulas diketuk
4. Bawang besar merah ~ Setengah labu dihiris
5. Halia ~ Setengah inci di mayang
6. Daun kari ~ 2 tangkai
7. Rempah kari ~ 2-3 camca besar.
8. Isi ayam ~ setengah cawan dipotong kecil
9. Minyak ~ Secukupnya untuk menggoreng dan menumis
10. Garam ~ Secukupnya

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang hingga garing, dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit dan tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan halia sehingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan isi ayam dan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air, masak lagi sehingga isi ayam masak dan rempahnya berbau wangi.
4. Masukkan nasi dan garam, kacau hingga sebati.
5. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan, hiaskan ikut suka.
6. Hidangkan bersama udang yang digoreng tadi atau dengan apa saja yang anda suka.

Saiz hidangan:
2-3 orang.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...