Friday, October 4, 2013

* SAJAK ~ ENCYCLOPEDIA JIWA



ENCYCLOPEDIA JIWA

kelmarin, aku menyelak encyclopedia rasa
dan kutatap satu satu penuh pilu
dari kisah Ratu Roro Kidul dan Tangkuban Perahu
hingga tumpahnya langkawi dengan putih darah Mahsuri ke tanah
tapi entah kenapa pada baris tidak berangka
yang kutemu adalah catan catan Yusuf yang penuh warna
dengan alibi jubahnya yang koyak dicarik Zulaikha.

aku ini siapa, 
isteri bukan, kekasih juga bukan, malah teman suka rawan juga bukan.
lalu geran apakah yang aku punya
untuk menugutanda ceritera dan lantera yang kau cipta di encyclopedia jiwa.

walaupun memang benar
telah aku siapkan satu daerah paling wangi untuk kau isi
dengan kisah penglipurlara dan dongengan pasca cinta
yang berbuntil buntil kaubawa setiap kali ditemusua
hingga menghipnotiskan lara jiwa dan dukaku
aku lupa dan buta...
pada buntil buntil cinta itu semuanya sudah bertanda
dan
ianya penuh bunga dan renda.
lalu...
pada telahan yang payah dan ngilu ini
aku bercermin lagi
melihat compang camping diri dan tempangnya hati
untuk berdiri sama tinggi dan berbaring sama rata denganmu...
hari ini,
kututup encyclopedia jiwamu
dan aku berjanji, ianya takan kubuka lagi.

By: Tiger Lily

* Please CLICK HERE to see more POEMS.

~ Thank You ~

1 comment:

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...