Thursday, October 17, 2013

* SAJAK ~ TARBIAH



TARBIAH

Dalam payah mentarbiah jiwa
cuba kutumpahkan kasih setia
dalam sujud panjang yang terkadang sumbang
kudus, doa kusembahkan
ke hadratMu ya Tuhan
lalu... air mataku pun mencurah-curah
namun.... tuluskah?

Persis hembusan pawana
yang dingin menyapa diri
hangat sang suria tidak kurasai
hening nurani jiwa nan dahaga
ditembusi kemerduan suara-suara
dengan kalimah-kalimah suciMu
menusuk lembut ke deria dengarku
dan meresap keseluruh pancainderaku.

Dan hati... sebenarnya tak bisa lagi dibohongi
kerana fitrahnya amat ketara
jiwa mengharap redhanya sang Pencipta
maka, tak bisa lagi ku berpaling arah
kerana pabila mengalirnya darah nan merah
kuakui.... diri ini, sebaik-baik anugerah.......

By: * Ozie Mahsa (17th. October 2013)

* Please CLICK HERE to see more POEMS.

~ Thank You ~

6 comments:

  1. Wah, betul-betul bermakna. Suka puisi. :)

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar ..bestnya..menusuk jiwaku..

    ReplyDelete
  3. Wanaria, Sue... thanks a lot. Boleh intai koleksi sajak akak yg lain kalau berminat...heee....

    ReplyDelete
  4. Saya cadangkan kakzie, buat satu buku kompilasi puisi kakzie..Ok juga ni..

    ReplyDelete
  5. Suzi...thanks... Zila, pernah juga terfikir nak buat sbb dah lebih 50 sajak akak hasilkan...tapi layak ke hehee....

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...