Wednesday, October 23, 2013

* BUAT PARA SUAMI

~ SEKADAR PERKONGSIAN ~

Image by Google

6 'BAGAIMANA' Yang Harus Difikirkan

  1. Bagaimana anda bisa merasai betapa penatnya isteri anda melakukan tugas-tugasnya di rumah, kalau anda sendiri tidak pernah cuba untuk membantunya melakukan tugas-tugas itu dan merasainya sendiri.
  2. Bagaimana anda boleh memahami hati dan perasaan isteri anda, kalau anda sendiri jarang berada di rumah dan tidak pernah tahu langsung tentang hal peribadi dan situasi dalaman isteri.
  3. Bagaimana anda akan tahu samada isteri anda sihat atau pun tidak, kalau anda langsung tidak pernah bertanya akan keadaan dirinya atau membawanya ke klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatan atau berjumpa dengan doktor.
  4. Bagaimana anda bisa tahu samada isteri anda bahagia atau pun tidak, kalau anda sendiri tidak pernah bertanya tentang apa yang dia suka dan membantu melaksanakan impian dan keinginannya.
  5. Bagaimana anda boleh mengetahui samada isteri anda sedang berduka atau gembira, kalau anda sendiri tidak pernah cuba untuk bertanya apa yang sedang dilakukan dan apa masalah yang sedang dihadapinya.
  6. Bagaimana anda akan tahu samada isteri anda bosan tinggal di rumah tanpa sebarang aktiviti, kalau anda sendiri tidak pernah mengambil tahu tentang hubungan sosialnya bersama rakan-rakan atau menggalakkannya untuk keluar bergembira sekali sekala.

Bukan semua isteri mahu menceritakan masalah peribadinya mahu pun meluahkan isi hatinya kepada suaminya. Sebagai seorang suami yang baik anda harus lebih peka dengan keadaan isteri anda dari masa ke semasa. Jangan biarkan isteri anda melayani perasaannya sendiri, kerana mungkin anda akan menyesal pabila ada orang lain yang lebih menghargainya dan sering mengambil berat tentang dirinya.
 
* Sesungguhnya, hanya wanita yang lebih memahami hati seorang wanita itu dan begitu jugalah sebaliknya. Tiada seorang pun yang sempurna di dunia ini, namun setiap kekurangan dan kesilapan haruslah cuba diperbaiki.

~ Thank You ~

6 comments:

  1. sy bukan suami yg baik bg isteri sy tp sedaya mungkin akan menjadi yg terbaik mengikut panduan hidup sunnah Rasulullah dlm menagani kehidupan berkeluarga. alhamdulillah dan sentiasa.muhasabah dan musyawarah.

    ReplyDelete
  2. Walaupun saya masih belum bergelar suami, rasanya tak salah saya mengambil tahu. Sebab kelak, saya juga bakal membina keluarga sendiri. :)

    ReplyDelete
  3. saya masih tunggal . dlm perhubungan yg ptg komunikasi . luahkan apa yg ada dlm hati dan minda ...

    ReplyDelete
  4. PCL-Alhamdulillah, bertuah Isteri.
    Wanaria-Semoga bertemu jodoh yg baik.
    Kaseh-Betul, tapi mungkin ada suami yg tak mahu mendengar keluhan hati iterinya..hehee...

    ReplyDelete
  5. Semoga menjadi peringatan buat sy utk menjadi suami & bapa yg lebih baik, in shaa Allah.. amin. T kasih diatas perkongsian ye :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...