Sunday, November 10, 2013

* CERITERA ALAM ~ DIALOG DUA INSAN


Gambar hiasan

Dialog seorang gadis dan seorang teruna yang menyewa bilik bersebelah di sebuah rumah sewa. Si gadis sebelumnya pernah beberapa kali melihat si teruna membawa teman wanitanya masuk ke bilik sewanya itu. Menyedari itu satu kesalahan besar, dan memandangkan si teruna yang dikenali masih bujang, dia berhasrat untuk menegur teruna tersebut. Suatu hari ketika terserempak dengan si teruna yang sedang menuju ke biliknya bersama teman wanitanya itu, dia memberanikan diri untuk memanggil si teruna.

Si Gadis: Boleh saya tanya sesuatu?
Si Teruna: Ya... ada apa?
Si Gadis: Awak ada adik perempuan?
Si Teruna: Ada... (sambil menganggukkan kepala)
Si Gadis: Awak ada kakak?
Si Teruna: Ada... (mengangguk lagi)
Si Gadis: Awak ada emak?
Si Teruna: Ada... (dia tidak mengangguk tapi mengerutkan dahinya, sedikit kehairanan dengan pertanyaan Si Gadis)
Si Gadis: Hmm.... Kalau ada lelaki lain bawa adik perempuan, kakak atau mak awak masuk ke bilik sepertimana yang awak lakukan sekarang, awak marah tak? (pertanyaan agak serius)
Si Teruna: Tentulah saya marah... (dengan airmukanya yang sedikit merah)
Si Gadis: Nah! Begitulah perasaan abang dan bapa kekasih awak tu....
Si Teruna: Terdiam seketika sambil memandang tepat ke wajah Si Gadis. Dia kemudiannya meminta izin untuk pergi dan terus menghantar teman wanitanya pulang.

Sejak dari hari itu, Si Teruna tidak lagi mengulangi perbuatannya, malah sikapnya kelihatan semakin berubah.

Pengajaran 1:
Kita seharusnya fikirkan terlebih dahulu apa risiko dan akibat dari setiap perbuatan buruk yang ingin kita lakukan. Apatah lagi seorang lelaki, yang sepatutnya menjadi pelindung dan pemimpin kepada kaum wanita.
Pengajaran 2:
Memang seharusnya kita perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling, bertindak dengan bijak dan lebih berhemah ketika menegur dan menasihati.

~ Thank You ~

5 comments:

  1. kak zie, yg widget untuk pengkomen tu ke, yg itu, akak kena adjust sikit kat dalam kod yang dia bagi, cer akak baca betul2 kat mana yang kena adjust, ada yang kena tukar, ikut arahan dia. mula2, saya pun tak jadi jugak, bila baca betul2 baru jadi

    ReplyDelete
  2. ya Zila... dah banyak kali buat tak jadi....nanti akak cuba lagi...

    ReplyDelete
  3. Banyak perkara dalam hidup ini sebenarnya akan 'reflect' kepada diri kita semula.

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg sungguh bermanfaat utk renungan semua.. mudah2an dijauhi dari perilaku yg x baik.. aamiin..

    ReplyDelete
  5. ooo..yang tu, akak kena adjust dari kita punya blog sendiri, tukar tajuk...

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...