Kebelakangan ini, semakin banyak cerita atau berita yang melibatkan kes-kes keganasan yang sampai ke telinga kita. Memang sungguh menyedihkan namun panas juga telinga kita yang mendengarnya. Tambahan pula bila keganasan yang berlaku, melibatkan orang yang kita harap dan percaya dapat melindungi harta benda dan orang-orang yang kita sayangi. Namun, lain yang kita harap lain pula yang jadi. Bak kata pepatah, 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Contohnya, kita harapkan 'Pak Guard' untuk menjaga harta benda kita, tapi 'Pak Guard' ada muslihat dan sanggup 'makan' kita dan harta-harta sekali. Kita harapkan pengasuh untuk menjaga anak-anak kita, tapi pengasuh pula buat angkara, dan dia 'makan' anak-anak kita pula. Sadis sunguh... Apalah nak jadi dengan dunia ni kan?
Semua perkara-perkara ini, membuatkan kita berasa takut dan cemas serta sukar untuk mempercayai orang lain. Namun kita tiada pilihan lain lagi kerana ada ketikanya kita tidak boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain. Apa yang dapat kita lakukan hanyalah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan dan keputusan. Wallahualam.
Mohon agar Allah sentiasa melindungi kita semua.
~ Thank You ~
Semoga kita semua terlindung dari perkara2 yg tidak diingini spt itu.. aamiin.. Salam Jumaat.
ReplyDeleteSemoga kita sentiasa dilindungi. :)
ReplyDeleteBetul kak zie, kadang-kadang kitapun tak sedar ada kes penderaan kat keliling kita, jadi mesti lebih alert dan memerhati, memerhati tak semestinya menyibuk
ReplyDelete