Tuesday, November 19, 2013

* CERITERA ALAM ~ TENTANG KELAMBU

Sekarang ni musim hujan, jadi banyaklah nyamuk berterbangan bila tiba waktu senja dan malam. Tak boleh nak duduk dengan selesa walaupun ubat penghalau nyamuk telah dipasangkan. Apa lagi kalau berada di luar rumah pada waktu malam. Tak cukup tangan nak melibas dan menampar.

Sedang kami sibuk 'bertepuk tampar' dengan nyamuk-nyamuk yang hinggap di tubuh, tiba-tiba sahabat anak saya yang kebetulan ada bersama kami, duduk dan berbual di muka pintu bersuara katanya, "Saya tidur pakai kelambu". Mendengar kata-katanya saya pun ketawa sambil terbayangkan kelambu yang pernah saya guna puluhan tahun dulu.

Sahabat anak saya cuma berdiam dan agak kehairanan melihat saya ketawa. Kemudian saya berkata, "Susahlah nak tebuk dinding, habis rosak dinding kena paku." Terus dia menjawab, "Mana ada guna paku, kelambu kami macam khemah tu." Kali ini saya pula yang terdiam dan kehairanan lalu segera mencari info tentang kelambu di Google. Jelas di 'screen computer', gambar kelambu yang dimaksudkan. Saya yang ketinggalan rupanya kerana baru sekarang saya dengar cerita tentang kelambu 'moden' ni... hehee....


Kelambu sekarang

Kelambu dulu

Bila saya 'update status' mengenai kelambu ni di facebook, bukan saya saja yang ketinggalan dan tidak tahu mengenai kelambu ni, rupanya masih ada kawan-kawan yang belum tahu juga... hee... Walau apapun, kelambu yang dulu tetap ada sejarah dan kenangannya yang tersendiri.

Images by Google

~ Thank You ~

2 comments:

  1. Di rumah saya masih menggunakan kelambu yang jenis dulu tu. Walaupun dah koyak-koyak, sentiasa jahit semula. Susah nak cari yang macam tu lagi sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. tengok kelambu yg bawah tu, teringat tidur dlm kelambu dgn arwah nenek.. seronok je :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...