Friday, November 15, 2013

* RESIPI ~ IKAN TENGGIRI TUMIS DAUN KARI

Click image to view actual size


Bahan-bahan:
1. Ikan tenggiri ~ 2 potong dilumurkan garam dan kunyit
2. Bawang putih ~ 3-4 ulas diketuk
3. Cili padi ~ 2-3 biji diketuk (jika suka pedas)
4. Daun kari ~ 2-3 tangkai
5. Cili kisar ~ 1-2 sudu besar
6. Sos cili ~ 1 sudu besar
7. Bawang besar ~ Setengah labu dipotong bulat
8. Asam jawa ~ Secukupnya dicampur sedikit air dan ditapis airnya
9. Kicap pekat ~ 2-3 camca besar atau secukupnya sehingga kuah berwarna coklat (bukan hitam atau merah)
10. Garam ~ Setengah camca kecil atau secukupnya
11. Gula ~ Secukupnya (jika suka)
12. Air ~ 1 setengah cawan
13. Minyak masak ~ Secukupnya untuk menggoreng dan menumis

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak bersih secukupnya, goreng ikan kemudian letakkan ke atas pinggan hidangan dan ketepikan.
2. Simpan minyak tadi ke dalam bekas, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga berbau wangi.
3. Masukkan cili giling dan tumis lagi sehingga keluar minyak.
4. Masukkan bawang besar, air, air asam, kicap, garam, gula dan sos cili, masak hingga kuah agak pekat dan bawang lembut sedikit.
5. Setelah rasa kuahnya sempurna (masam, masin, manis) angkat dan tuangkan ke atas ikan yang digoreng tadi.
6. Hiaskan ikut suka dan hidangkan bersama nasi putih.

Jumlah hidangan:
2-3 orang

Nota:
Untuk lebih sedap, gunakan ikan siakap atau ikan kerapu.

Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu apa nama masakan ini. Jadi buat sementara ini, itulah nama yang saya berikan hehee.... Resipi ini saya cipta sendiri selepas makan di sebuah restoran. Namanya agak pelik jadi susah nak ingat. Saya cuma agak-agak saja apa bahan-bahannya. Setelah dicuba, akhirnya masakan ini menjadi kegemaran anak-anak saya. Yang membuatkan masakan ni sedap adalah rasa dan bau daun karinya yang wangi.

~ Thank You ~

2 comments:

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...