Thursday, November 21, 2013

* RESIPI ~ ROTI TELUR UDANG GERAGAU

Click image to view actual size



Bahan-bahan:
1. Roti ~ 4-5 keping
2. Telur ~ 2 biji
3. Udang geragau (kering) ~ 3 camca besar
4. Garam ~ Suku camca kecil atau secukupnya
5. Serbuk kunyit ~ Secukupnya
6. Minyak masak ~ Secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Roti dipotong 4 dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak di atas kuali leper.
3. Pukul telur bersama bahan 3,4 dan 5 hingga sebati.
4. Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan telur (sambil ratakan udang ke seluruh roti) dan goreng hingga warnanya keemasan.
4. Angkat, letakkan di atas pinggan hidangan dan hidangkan bersama sos cili dan mayonis.

Jumlah hidangan:
2 orang

Nota:
Sesuai untuk sarapan pagi dan jamuan ringan.

~ Thank You ~

4 comments:

  1. dapat idea baru nak perbagaikan roti ...

    ReplyDelete
  2. Roti goreng telur biasa makan, tp dgn udang belum pernah lagi.. T kasih diatas perkongsian kak Ozie.. :)

    ReplyDelete
  3. saya selalu buat macam ni, tapi dengan inti sardin..anyway boleh try pulak dengan geragau pasni

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...