Monday, December 16, 2013

* CERITERA ALAM ~ MEMBUANG 'TATTOO'


Gambar hiasan ~ Google

Setelah terbaca entry salah seorang sahabat Blogger saya Khir Khalid, tentang hukum ber'tattoo', ia mengingatkan saya pada seseorang. Maka biar saya kongsikan sedikit ceritanya. Bukan untuk mengaibkan tapi sekadar panduan dan peringatan untuk kita semua.

Menyedari mungkin akan hakikat, bahawa ber'tattoo' itu adalah satu dosa maka si 'M' bertindak membuang tattoo di lengannya dengan caranya sendiri. Walaupun ada cara lain yang lebih selamat, namun mungkin juga kerana sebab-sebab tertentu maka pada satu malam, dia bertindak 'berani mati' melakukannya sendiri di rumahnya.

Bergema jeritan kuat di bilik tingkat atas sebuah rumah teres 2 tingkat, sebaik sahaja seterika panas 'ditekapkan' di lengan, bagi menanggalkan kesan 'tattoo' yang mengotori lengannya. Bukan sekali jeritan kuat itu kedengaran memecah kesunyian malam itu, malah berulang 3 hingga 4 kali (kalau tidak silap) sehingga naik bulu roma dan bergenang airmata saya yang mendengarnya dari tingkat bawah luar rumah tersebut.

Bayangkan kesakitan yang dirasai oleh 'M'. Pun begitu dia rela demi membuang sisa-sisa dosa yang terlekat di lengannya sekian lama. Tanggal sebahagian kulit di lengannya sehingga menampakkan isinya yang kemerahan. Namun bak kata orang, 'berani buat berani tanggung'. Cuma persoalannya, apakah cara 'M' itu betul dan apakah hukumnya jika masih ada kesan 'dakwat' yang tertinggal di dalam isi lengannya. Mungkin kita yang kurang arif ini patut bertanya kepada yang lebih layak untuk memberikan jawapan. Wallahualam.

“Allah melaknati orang-orang yang membuat tattoo, orang-orang yang minta dibuatkan tattoo, orang-orang yang minta dicabutkan bulu matanya dan orang yang merenggangkan gigi semata-mata untuk mempercantikkan wajah, dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.”

~ HR: Muslim


~ Thank You ~

7 comments:

  1. ber'tatoo' adalah haram... nice sharing this info.. :-)

    ReplyDelete
  2. kak ozie..
    jika dia dapat menghilangkan tatu itu dengan perbuatan atau dengan cara pembedahan walau menurut doktor
    ia mendatangkan mudarat seperti hilang angota atau fungsinya atau menyebabkan keadaan angota zahirnya itu buruk dan jelik akan tetapi dia takut akan memudarat maka tidak wajib bagi dia untuk menghilangkan tatu itu dia tidak akan berdosa setelah dia bertaubat dan yakin Allah maha pemaaf..

    ReplyDelete
  3. MyCherita, Kaseh, Qila...tq semua.... Sue... mungkin matanya tak boleh menerima...jadi mahu dibuang juga...hee....

    ReplyDelete
  4. mesti M tu rasa kesal sangat kan..syukur dia taubat..

    ayu baca gak entri tatoo khir tu.

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yg cukup mendalam kesannya kak Ozie.. mmg memerlukan kecekalan utk melakukan perkara spt itu.. ishhh.. terasa pedihnya bila membaca & masih terasa ketika mengomen walaupun tidak mengalaminya. Semoga Allah mengampuni kesilapan beliau & menerima usaha taubat yg beliau lakukan itu dgn sebaik2 keampunan.. aamiin.
    T kasih juga kak diatas link yg diberikan. Semoga bersama kita semua beroleh keberkatan, in shaa Allah... :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...