Tuesday, December 17, 2013

* GURINDAM ~ SENTUHAN


Gambar hiasan ~ Google

SENTUHAN

Sentuhan kasih bonda tercinta,
doanya ditagih kejayaan dicipta.

Sentuhan ilmu penyubur minda,
cahaya bertemu kemilau di dada.

Sentuhan kreatif sanggar pujangga,
menulis aktif karya puisi diperaga.

Sentuhan guru memantak ilmu,
kejayaan diburu janganlah jemu.

Sentuhan rindu bergayut asmara,
cinta bersatu kasih nan mesra.

Sentuhan kata ilham tercipta,
idea berkarya lagak pendeta.

Sentuhan irama zapin dan inang,
seni dan budaya wajar dicanang.

Sentuhan bicara menjinak rindu,
menuju bahagia cinta berpadu.

Sentuhan tok guru kuliah agama,
hati dipaku mengaji selama-lama.

Sentuhan hati penyedap jiwa,
jadikan mengaji terbawa-bawa.

Sentuhan kalbu dengan berzikir,
amalkan selalu di bibirmu terukir.

Sentuhan doa pelembut hati,
melentur jiwa takwa terbukti.

By: PAUZI MOHD ISA
~ Thank You ~

6 comments:

  1. menarik dan penuh makna gurindam ni kak zie...senang hati baca

    ReplyDelete
  2. suka suka kak ruby suku sngt baca, kak ruby baca 4 kali tau ozie....

    ReplyDelete
  3. penuh bermakna kak..suka baca,teruskan berkarya.

    ReplyDelete
  4. Subhanallah.. puitis tp membawa pesanan & peringatan buat insan...

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...