Saturday, December 14, 2013

* RESIPI/RECIPE ~ KUIH/BUBUR SOM-SOM

Click image to view actual size



Bahan-bahan untuk air gula:
1. Gula melaka ~ 1 ketul (lebih kurang 200g atau ikut manis) dipotong kecil
2. Air ~ 1 setengah - 2 cawan
3. Daun pandan ~ Sehelai (disimpulkan)

Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
2. Tapiskan ke dalam mangkuk hidangan dan biarkan sejuk.

Bahan-bahan untuk kuih:
1. Tepung beras ~ 1 cawan (diayak)
2. Santan ~ 4 cawan (1 biji kelapa)
3. Garam ~ Setengah camca kecil

Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali, kacau rata.
2. Letak atas dapur dengan api yang sederhana dan kacau sehingga benar-benar masak dan pekat.
3. Tuang segera ke dalam acuan dan biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan bersama air gula.

Saiz hidangan:
3-4 orang

Nota:
Jika suka yang lebih lembut, boleh tambahkan setengah cawan santan lagi.

*Pastikan kelapa anda cukup tua dan bersaiz sederhana atau besar untuk mendapatkan rasa yang sempurna.

~ Thank You ~

6 comments:

  1. assalam
    yummyyy
    sedap maknsejuk2 kan
    sukasgt ni

    ReplyDelete

  2. Kat dapu byk tpg beras tapi tak tau nak wat apa . alhamdulillah , ada lak resepi ni . blh cuba la lepas ni ...

    ReplyDelete
  3. Makan ptg2 di hujung minggu ni mmg sedap. Klu sejuk2 diwaktu panas mmg menyegarkan.. best. Salam hujung minggu kak Ozie.. :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...Dah balik dah semenanjung..Kak Zie, nanti ada masa kita travel g Sabah nak, g Tip's Of Borneo..Best kak..Memang cantikkk..terbaikk..Saya nak buat entry pasal tempat tu, tp banyak sangat benda nak tulis, yg g PD baru2 ni pun blom sempat tulis lagi..Sibuk skit..heheh. Anyway, bubur som som ni memang sedap dan senang nak buat..saya pun suka...

    ReplyDelete
  5. simplenya resepi ni.. bahan2 pun sikit saja

    ReplyDelete
  6. alahai kak mmg nor suka..SEDAP sangattt!!!

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...