Tuesday, December 24, 2013

* RESIPI/RECIPE ~ MARUKU KACANG DHAL (HOMEMADE)

Click image to view actual size


Bahan-bahan:
1. Tepung kacang dhal Alagapa's ~ 2 cawan
2. Tepung beras ~ 2 cawan
3. Santan (sederhana pekat) ~ 1 cawan atau secukupnya
4. Lemuju ~ 1 camca kecil (jika suka)
5. Garam halus ~ 1 camca kecil
6. Mentega ~ 2 camca besar
7. Minyak masak ~ Secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Masukkan kedua-dua jenis tepung ke dalam bekas, campurkan garam dan lemuju, kacau rata.
2. Campurkan minyak sapi dan santan sedikit demi sedikit, uli sebati sehingga boleh dikepal.
3. Masukkan adunan secukupnya dalam acuan (boleh juga gunakan sudu) dan tekan ke dalam minyak yang telah dipanaskan.
4. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
5. Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Nota:
- Boleh tambahkan sedikit serbuk kunyit dan rempah kari jika suka.
- Jika anda suka pedas boleh tambahkan sedikit serbuk cili.

~ Thank You ~

7 comments:

  1. Maruku mmg best, tp mmg x dptlah yg homemade punya.. klu beli pun kena pastikan sedap.. klu x rasa rugi je beli.. :D

    ReplyDelete
  2. mkn maruku sambil layan tv mmg tak sedar..tiba2 je da hbs.. :-)

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah Kak Ozie. Lama dah saya tak bertandang ke sini. :)

    ReplyDelete
  4. salam ziarah kak.... waa...bestnye pandai homemade..saya suka makan je..tp yang ni mesti lagi best sebab homemade ..seronok klu pandai buat...yummy... nak skit..hihi...

    salam ukhwah dan salam perkenalan semua yang ada...semoga memberi tunjuk ajar dan exhankge link nk baca entry kak selalu mesti lagi dan sangat best.... ^__^

    ReplyDelete
  5. teringat raya le pulak..hehe..anak-anak sue kalau tak de meruku kat rumah memang tak best la kan...

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...