Monday, January 13, 2014

* CERITERA ALAM ~ WASPADA SELALU....


Image by Google

Sentiasalah berwaspada walau di manapun kita berada dan apapun yang kita lakukan. Kata orang, malang tidak berbau. Maka kerana itulah kita harus sentiasa berhati-hati tak kira di dalam mahupun di luar rumah. Sedetik kita lalai, macam-macam perkara buruk boleh berlaku. Mengenai 'cerita buruk' ni, saya nak kongsikan satu cerita yang mungkin boleh membuat mata, minda dan hati kita terbuka lebih besar dan lebar...hehee....

Seperti juga orang lain, untuk keselamatan, adik saya tidak membenarkan anak-anaknya keluar untuk bermain di luar rumah jika dia sedang sibuk, memandangkan anak-anaknya masih lagi kecil. Supaya tidak terlalu bosan berada di dalam rumah, anak-anak akan dibiarkan bermain apa yang mereka suka termasuklah bermain computer game di telefon bimbit atau tablet milik mereka. Pagar pintu rumah sentiasa di kunci dari dalam, namun pintunya dibiarkan terbuka agar dimasuki angin mungkin. Begitulah kebiasaannya.

Satu hari, ketika dia sibuk melakukan tugas-tugas harian di dapur dan di bilik tidur, seperti biasa anak-anak dibiarkan bermain computer game di ruang tamu. Tapi kali ini tanpa disedari anak-anak diperhatikan seseorang yang tidak dikenali dari luar pintu.


Setelah selesai tugasnya, dia terus ke ruang tamu untuk berehat dan menemani anak-anaknya yang sedang asyik bermain. Dia, kemudiannya perasan tab kepunyaannya tiada ditangan anaknya. Bila ditanya mengenai tab tersebut, anaknya dengan selamba dan jujur menjawab, "ada orang 'pinjam'." Barulah dia menyedari bahawa tabnya dah 'selamat' di tangan orang lain.

Hmm.... Anda fikirkan dan bayangkan sendiri bagaimana cara 'sipeminjam' memujuk anak saudara saya itu. Begitulah bijaknya sesetengah manusia berperanan dalam kehidupan ini. Ada yang 'sentiasa' mengambil 'peluang' dan memanfaatkan 'kesempatan' yang ada di depan mata demi kepentingan diri. Pendek kata, main 'sambar' aje hehee.... Berhati-hatilah ya...!!
~ Thank You ~

7 comments:

  1. TERUKNYA..LEPAS NI PASTIKAN RUMAH BERKUNCI ...AWASI ANAK-ANAK APA JUA KEADAAN..

    ReplyDelete
  2. Sesuatu yg perlu dipandang serius ni.. dlm leka mcm2 perkara boleh berlaku & hal mcm ni mmg selalunya tak terlintas akan berlaku.. t kasih kak Ozie di atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  3. Olá amiga,vim retribuir sua carinhosa visita ao meu cantinho.
    Fiquei feliz por seguir-me!!!
    Obrigada,volte sempre e pegue o meu selinho de agradecimento!

    Beijos Marie.

    ReplyDelete
  4. Bahaya tu....Perlu sentiasa berwaspada meskipun berada di dalam rumah.

    ReplyDelete
  5. Serius ni..Saya kena jadikan ikhtibar, sebab selalu juga biarkan anak-anak main sambil sibuk-sibuk basuh kain atau memasak. walaupun pintu kunci, rupanya diorg boleh buat cara lain ye

    ReplyDelete
  6. itulah kena waspada selalu, tp kalau dalam kawasan rumah agak kurang sikit risiko nak kena kebas.., yg selalunya sy lihat di kawasan terbuka di Mall contonyan dengan selamber je bagi anak2 main gadjet yg mahal tu..huh memang tak sayang harta benda.

    #ragut di mana-mana saja harus waspada selalu.

    ReplyDelete
  7. Nauzubillah minta di jauhkan segala keburukan..Mujur juga hanya tab yang kena pinjam..pastikanlah pintu sentiasa dikunci..macam-macam boleh berlaku sekarang ni...peringatan utk kita semua..tq Ozie

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...