Tuesday, February 18, 2014

* DIARI HATI ~ BEGITU RASANYA DIPUKAU....


Image by Google


Bila bertemu kawan-kawan pasti ada saja cerita yang hendak kami bualkan. Tapi tidaklah sampai mengumpat. Oleh kerana cerita hangat ketika itu, mengenai 'pukau' maka itulah yang menjadi topik cerita dalam perbualan kami. Sedang rancak bercerita, mengenai kes 'pukau' yang melibatkan 3 orang warga asing (2 lelaki dan seorang wanita) yang memukau penjaga kaunter di pasaraya-pasaraya, saya pun membayangkan bagaimana rasanya dipukau sambil mulut turut menyebut, 'Bagaimana rasa agaknya bila dipukau ya...!!.' Begitulah saya yang selalu serius membayangkan sesuatu dari apa yang diceritakan.

Selang beberapa hari, ketika berada di kedai kecil (kedai cenderahati yang hanya tinggal kenangan) milik saya sendiri, saya didatangi oleh 3 orang warga asing (tidak pasti apakah mereka orang yang sama) yang kononnya ingin membeli sesuatu. Setelah memilih barangan yang diperlukan, si wanita menghampiri saya yang duduk di kaunter untuk membuat bayaran. Memandangkan wang yang dihulurkan bernilai RM 100.00, sedangkan nilai barang tidak sampai pun RM 10.00, maka terpaksalah saya mengambil wang kecil dari dompet yang saya simpan di poket. Setelah wang baki saya kembalikan, ketiga-tiga warga asing itu pun berlalu pergi.

Dalam beberapa saat itu selepas itu, saya terdiam dan berasa ada sesuatu yang tak kena tapi tak dapat nak saya jelaskan. Ketika itu juga tergerak hati saya untuk segera melihat dompet yang telah saya simpan semula ke dalam poket. Setelah melihatnya, barulah saya sedar, beberapa keping wang kertas RM 100 yang berada di dalamnya telah pun hilang. Berdebar kencang jantung saya saat itu sambil berlari menuju ke pintu hadapan kedai untuk mencari 3 orang warga asing tadi. Namun tiada apa yang dapat saya lakukan, kerana ketiga-tiga mereka sudah tidak kelihatan lagi.

Yang mampu saya lakukan hanyalah mengadu kepada rakan-rakan niaga yang berada di premis berhampiran. Namun saya hanya boleh ceritakan bagaimana saya menunjukkan dompet kepada wanita tersebut. Bagaimana wang saya diambil, langsung saya tak ingat. Hmm.... Masin mulut sendiri, akhirnya terjawab sudah persoalan, bagaimana rasanya dipukau... hehee.... Begitulah al kisahnya...

Tapi itu cerita 10 tahun lalu. Kenangan pahit itu tergambar kembali di ingatan bila topik yang sama menjadi perbualan saya dan anak lelaki saya tanpa sengaja. Anda... berwaspadalah ya....

Salam sejahtera!
~ Thank You ~

4 comments:

  1. Kejadian mcm ni mmg amat merisaukan.. semoga kita semua dijauhi & dilindungi Allah sentiasa... aamiin..

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah lindungi kita dari kejadian2 macam ni kan...aminn

    ReplyDelete
  3. Ya Allah. Moga-moga dijauhkan hendaknya.

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...