Gambar hiasan: Google |
Bermula dengan demam panas secara tiba-tiba, kami pun mendapatkan pemeriksaan doktor untuk anak sulung saya di klinik biasa. Demam panas masih berterusan selama 3 hari walaupun telah diberi makan ubat demam yang diberikan oleh doktor. Atas pesanan doktor tersebut, hari ke 4 kami terus ke hospital bagi membuat pemeriksaan darah ke atas anak saya itu. Hasilnya agak mengejutkan bila doktor mengesahkan anak saya mengalami demam denggi dengan bacaan Platelet 87 dan seterusnya terpaksa dimasukkan ke wad hari itu juga.
Sepanjang berada di wad hospital, pengambilan dan pemeriksaan darah dilakukan 2-3 kali sehari disamping suntikan bagi memasukkan air ke dalam badan dan diberi makan ubat demam biasa saja memandangkan tiada ubat khusus bagi penyakit ini. Namun bacaan Platelet semakin menurun dari 87 hingga 37.
Pengalaman ini sebenarnya agak menakutkan kami sebagai ibu dan ayah. Tanda-tanda fizikal atau luaran demam denggi pula memang amat merisaukan kami. Bahagian bawah mata mula merah, bintik-bintik merah mula keluar dari celah-celah jari, tubuh dan tapak kaki anak saya. Sendi-sendi kaki pun berasa sangat sakit katanya sehingga sukar untuk berdiri.
Saat anak saya terlantar dihospital, saya dan suami berusaha mencari alternatif lain setakat mampu. Saya mula memberitahu kawan-kawan tentang penyakit denggi yang anak saya hidapi disamping mencari maklumat berkaitan di internet. Macam-macam saranan yang saya jumpa dan diberikan oleh para sahabat. Antaranya, makan sup ketam, tembikai, minum jus pucuk betik, jus jambu batu merah, jus kiwi, jus kurma, minuman beralkali dan macam-macam lagi. Mana yang termampu kami usahakan untuk mencarinya dan berikan kepada anak saya. Setelah 8 botol air dimasukkan ke tubuhnya, Alhamdulillah hari ke 4 berada di hospital, bacaan Platelet naik ke paras 41 dan anak kami akhirnya dibenarkan pulang ke rumah. Itu pun setelah beberapa kali bertanya bila anak saya tu boleh pulang kerana agak menjadi masalah berada di hospital di bulan puasa ini.
Gambar hiasan: Google |
Di rumah, usaha penyembuhan diteruskan lagi dengan tambahan ubat-ubatan lain termasuk pil Garlic Complex dari Shaklee sebagai percubaan, sehinggalah tiba hari ini (hari yang ke 10 sejak mula demam) pada jam 9.45 pagi dimana pemeriksaan darah harus dilakukan sekali lagi di hospital yang sama. Alhamdulillah, selepas mendapat hasil ujian darah, anak saya disahkan bebas sepenuhnya dari denggi dengan izin Allah jua. Namun begitu, hati tetap berasa bimbang bila doktor mengatakan jika menghidapinya pada kali kedua, peluang untuk sembuh mungkin tipis. Wallahualam. Semoga Allah melindungi anak saya. Amin.
Semoga cerita dan pengalaman kami suami isteri, serba sedikit dapat memberi manfaat kepada anda yang mengalami masalah atau penyakit yang sama. Ucapan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua sahabat yang telah mendoakan dan memberikan saranan bagi penyembuhan anak saya.
SALAM SEJAHTERA!
~ Thank You ~
Alhamdulillah syukur selamat... mmg sesuatu yg patut kita semua ketahui & hindari... T kasih atas perkongsian ini kak Ozie..
ReplyDeletememang bahaya demam denggi ni..lani musim x habis lg..kene jaga2 kwsn persekitaran..Smga Allah lindungi kita semua
ReplyDeleteGERAM betul saya dgn nyamuk aedes ni..sama2lah kita jaga anak2 kita sbb kalau denggi kena pada kanak2 lebih bahaya..kes denggi berdarah kanak2 paling tinggi..
ReplyDeletemoga kita dijauhkan dari demam denggi ni ye..banyakkan makan buah2 yg kaya dgn vitamin c utk kuatkan imun kita tau!