Sedang saya berdiri seorang diri sambil membelek-belek sesuatu dalam tas tangan di luar pintu kedai di sebuah stesen minyak kerana menunggu suami yang masuk ke dalam untuk membeli barang dari kedai stesen minyak tersebut, saya terdengar suara seseorang yang agak kuat sedang marah-marah kepada seseorang yang lain. Itu membuatkan saya segera memandang ke arah suara yang saya dengar itu.
"This young lady haaa.... I already told you... do not eat 'instant noodles' again...". Dalam pada itu, kelihatan seorang wanita separuh usia sedang berjalan menuju ke arah anak perempuannya mungkin, yang baru sahaja keluar dari kedai stesen minyak itu dengan secawan mee segera yang masih berasap di tangannya sambil tersengeh-sengeh. Si ibu segera memulas perlahan telinga si anak sambil berjalan menuju ke kereta mereka. Si anak gadis hanya ketawa walaupun ibunya terus membebel....
Dalam hati saya, bukan salah ibu yang mendidik, tetapi salah anak yang tak mahu mendengar kata. Memang itulah perkara yang sering kita sebagai ibu dan bapa, lalui di sepanjang proses pendidikan. Walau pun berulang kali menasihati namun anak-anak sering enggan menerima nasihat. Sabar aja lah ya....hehee.....
SALAM SEIKHLAS HATI!
~ Thank You ~
gitulah kak..banyak cabarannya...walau diingat selalu, masih nak di review juga
ReplyDelete