Saturday, October 15, 2016

* LAYAN LARA ~ HANYA TUHAN YANG MENGERTI

Image result for SEDIH


Hidup ini tidak seindah yang kita jangkakan. Kadang kala, lebih banyak yang menyakitkan dari yang membahagiakan. Semua itu mungkin ujian buat kita semua yang mana mengandungi sejuta hikmah yang kita sendiri tidak mampu menghuraikannya. Segala kepayahan hidup terpaksa kita lalui sendiri walau ramai insan lain berada di sisi. Mereka mungkin memahami namun tidak mampu merasai. Mereka mungkin berasa kasihan namun tidak mampu menghulurkan bantuan. Mereka mungkin ikhlas mendoakan tapi tidak mampu menghapuskan kesedihan.

Hanya segunung ucapan terima kasih yang dapat kita hulurkan buat mereka yang berusaha memahami, membantu dan mendoakan. Sesungguhnya, hanya Allah menjadi saksi di atas segala keikhlasan dan keperihatinan.


Apa yang pasti, hidup harus diteruskan lagi. Lelah teramat pun diri, kita harus bangun sendiri tanpa mengharap orang lain mengerti akan kedukaan yang kita rasai. Dan jiwa harus terus kental dan sabar agar kita tidak tersasar ke jalan yang mungkar. Moga kita terus istiqomah dalam muhasabah. Inshaallah.


Sekian.

Aku yang sering terluka...
~ Ozie Mahsa
~ Thank You ~

------------------------------------------------------------------------------

TAMPIL CERIA BERSAMA HARUMAN LUQMAN


HARUMAN LUQMAN PERFUME
Warisan Perubatan Sufi

BUNGA MUTIARA

Produk oleh: LHR MULTI ENTERPRISE
Pengedar: GIVE A GIFT ENTERPRISE

WhatsApp: 019 284 3625

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...