"Aku tak pernah minta jasaku dibalas dengan wang ringgit atau pujian melangit. Dilawati setiap minggu atau dihubungi saban waktu. Dipeluk dimanja sepanjang masa atau dilayan bagaikan raja. Cukuplah sekadar adik-adik pandai menghargai dengan menunjukan rasa hormatnya kepada aku yang paling tua." Begitu luahan sayu yang lahir dari hati seorang kakak yang jarang dipedulikan. Sedih bukan? Bila adik-adik telah meningkat dewasa dan punya kehidupan sendiri, mereka lupa bertanyakan khabar apatah lagi datang menziarahi.
"Hanya kerana sedikit nasihat dan teguran, aku dikasari sedangkan semua itu demi untuk kebaikan mereka juga kerana mahu melihat mereka menjadi manusia yang berguna atau sekurangnya menjadi anak yang bertanggungjawab terhadap ibubapa. Mungkin benar cara menegur ku salah namun itu bukan alasan untuk mereka bermasam muka dan memusuhi aku." Lagi luahan rasa seorang kakak yang kecewa.
"Entahlah, apalah sangat dosa yang aku lakukan terhadap mereka, sehingga aku dipinggirkan bahkan sanggup mereka memutuskan hubungan kekeluargaan. Sedihnya aku. Ya Tuhan. Inikah balasan di atas segala pengorbanan?". Seorang kakak yang mungkin "tersentap" namun redha dengan sikap adik-adik yang agak keterlaluan.
Gambar hiasan |
"Mereka mungkin tidak tahu atau lupa bagaimana susah payah kita membantu ibuayah membesarkan dan menjaga mereka. Atau barangkali mereka menganggap segala pengorbanan kita itu terlalu kecil buat mereka. Hmm... Biarlah segala-galanya kita simpan menjadi sejarah. Anggaplah ia sebagai kenangan paling indah. Tidak perlu kita ceritakan kepada mereka supaya tidak nanti dikatakan mengungit-ngungkit kebaikan yang kita lakukan." Lagi suara hati seorang kakak yang cuma mahu agar difahami perasaannya.
"Tidak mengapa, kita maafkan sahaja mereka. Anggaplah mereka masih terlalu muda untuk memahami apa itu kasih sayang. Mari kita sama-sama doakan agar mereka mendapat hidayah dari Allah dan kembali kepada kita dan memohon kemaafan." Kata-kata pujukan yang seakan cuba menutup perbualan namun agak sayu kedengaran.
Demikianlah sayugianya luahan hati kakak-kakak yang sebenarnya sangat merindui adik-adiknya dan mengharapkan agar kemesraan dan keakraban sewaktu kecil dulu dapat diulangi dan diteruskan lagi. Ketahuilah adik-adik, meskipun jauh masa berlalu pergi, ikatan persaudaraan tetap kekal abadi kerana kasih sayang seorang kakak tidak akan pernah mati.
Dalam satu renungan panjang, cuba saya imbau dan himpun kembali satu persatu kenangan lalu yang pada saya terlalu indah dan berharga untuk dikenang. Saat mereka kecil dan masih lagi perlu dibuai, didokong dan dipangku. Kemudian sama-sama membesar, bermain, berlari dan sesekali "bercakaran" sesama sendiri. Kemudian terbayang satu-satu wajah suci adik-adik yang sangat comel dan manja ketika itu. Subhanallah.
Terima kasih Ya Allah. Sekurang-kurangnya, ada kenangan untuk kami simpan dan bawa bersama, saat bertemu denganMu nanti. Terima kasih adik-adik, kerana pernah menyerikan kehidupan kakak-kakak di dunia ini. Semoga kita akan dipertemukan lagi di akhirat nanti. Inshaallah.
SALAM PERSAUDARAAN!
Sekian.
Aku yang sering merindu...
~ Ozie Mahsa

~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA