Tuesday, December 27, 2016

* CERITERA ALAM ~ YANG KELIHATAN DI MATA DAN KEDENGARAN DI TELINGA

Diam tak diam telah hampir 2 tahun rupanya saya berada di pasaraya tempat di mana saya berniaga. Kerana kebanyakan masa yang ada, terpaksa saya habiskan di sini ada kalanya sehingga 12 jam sehari maka banyaklah "pengalaman memerhati" yang dapat saya simpan dan himpun dari sudut butik kecil saya ini. Hehee... Samada yang sengaja atau yang tidak disengajakan, semuanya telah pun menghuni di minda saya yang masih banyak ruang untuk diisi. Baik dan buruk setiap peristiwa dan kejadian, saya simpan sebagai pengajaran dan panduan selama ia masih mampu terpahat di ingatan.


Image result for bertengkar
Gambar hiasan(Google)

Sememangnya pasaraya atau tempat awam, bukanlah tempat untuk kita beradu tenaga atau menguji ketinggian suara mahupun tempat untuk menjulang piala kemenangan. Jauh sekali tempat untuk menunjukkan kebijaksanaan. Namun realitinya, ada segelintir kecil manusia yang "suka dan rela" berbuat demikian tanpa peduli ada banyak mata-mata yang sedang memerhatikan mereka. Sanggup korbankan perasaan malu semata-mata untuk menegakkan kebenaran dan meluahkan perasaan. Tanpa segan silu lontaran suara bergema di seluruh pasaraya tanpa perlu menggunakan "speaker". Kadangkala rasa bagaikan sedang melihat pembikinan drama swasta gayanya. Entah apa masalah dan puncanya jarang sekali saya nak ambil peduli. Yang kedengaran di telinga hanya kelantangan suara dengan sebutan ayat-ayat "tidak suci" yang memang mampu menggegar jantung bunyinya. Lelaki atau wanita sama sahaja. Bila sudah hilang pertimbangan, pasaraya ini bagaikan milik mereka sendiri. Tidak nampak lagi apa dan siapa yang berada di sekeliling. Sehingga ada yang "terangkat" tangan dan kaki bila kesabaran tidak dapat lagi dibendung dan kemarahan tidak dapat lagi ditahan. Untunglah ada yang cuba meleraikan. Jika tidak, pasaraya bakal menjadi gelanggang tinjulah pula kann... Hihii...

Begitulah sikap dan tingkahlaku sesetengah manusia. Kekurangan, kelemahan dan keburukan seolah sengaja mahu dipertonton dan diperlihatkan. Lumrah mungkin. Sesungguhnya yang pasti, yang kelihatan di mata tidak selalunya indah dipandang. Yang kedengaran di telinga tidak selalunya sedap didengar. Pun demikian adanya, kita tetap harus terus memandang dan mendengar di sepanjang perjalanan hidup yang pastinya masih jauh dan mencabar, dengan hati yang sabar.

Sekian.

Aku yang rendah hati...
~ Ozie Mahsa
~ Thank You ~

-------------------------------------------------------------

HARUMAN LUQMAN
Warisan Perubatan Sufi

Wangian berasaskan kasturi yang sangat eksklusif diadun dari campuran pati bunga-bungaan dan wangian terpilih serta didoakan dengan surah-surah pilihan.


~ Pertama di Malaysia ~



*Harga: RM 6
Berat bersih: 3 ml

*Baiduri *Qasidah *Seroja *Selasih

Produk oleh: LHR MULTI ENTERPRISE

Pengedar: GIVE A GIFT ENTERPRISE
WhatsApp: 019 284 3625
(Pengedar sah) Shah Alam

*Ajen diperlukan

HARUM, MURAH DAN BERKAT

2 comments:

  1. Assalamualikum Kak Ozie, saya membacanya...begitulah warana-warni kehidupan yang akan dan sedang dilalui...selagi bernyawa...selagi bernama manusia kita kena hadapinya...semoga terus sukses dan berpuisi;)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Terimakasih sudi singgah di Laman saya ni. Moga anda juga terus sukses Massyah.

      Delete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...