Alhamdulillah, tempahan buku Ebit Lew pemberian dari anak, baru sahaja saya terima. Dah lama saya idamkan buku-buku ni. Terharunya rasa hampir mengalirkan airmata... Hehee... Dah lama sebenarnya tak beli buku untuk sendiri banyak-banyak macam ni. Biasanya, anak-anak saja yang "mabuk" membeli buku-buku sampai tak cukup rak nak menyimpan. Saya cuma tumpang seronok melihat buku-buku itu dan tumpang baca mana yang sesuai.
Hmm... Nampaknya lepas ni saya kena korbankan sedikit masa yang ada untuk membaca buku-buku ini. Terima kasih untuk anak saya yang hadiahkan buku-buku ini untuk saya dan terima kasih juga kepada Ebit Lew untuk tawaran harga 6 buah buku ini yang mungkin banyak manfaatnya buat saya. Inshaallah.
- MENELUSURI CINTA
- ISTERIKU BIDADARIKU
- PERJALANAN HIDAYAH UMAT
- TANGISAN UMAT
- DOA DAN AMALAN HARIAN
- MANZIL DAN AMALAN HARIAN
Tak tahu kenapa bila saya lihat dan baca satu persatu tajuk buku-buku ini, saya berasa sebak dan mengalirkan airmata. Bagaimana nanti kalau saya membacanya. Mahu tak henti-henti airmata mengalir. Moga asbab buku-buku yang saya baca ini, maka melimpahlah hidayah dari Allah buat saya. Amin.
Kepada anda yang ingin membuat tempahan bolehlah dapatkan secara online di page Ebit Lew sendiri dan kemudian sama-samalah kita mengalirkan airmata keinsafan ya... Alhamdulillah.
Aku yang serba kekurangan...
~ Ozie Mahsa
Aku yang serba kekurangan...
~ Ozie Mahsa
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA