Sunday, December 11, 2016

* LAYAN LARA ~ BAHAGIA ATAU SENGSARA?

Tidak ada manusia di dunia ini yang kehidupannya sempurna atau bahagia sepanjang masa kerana manusia pastinya akan diuji oleh Allah dengan berbagai cara mengikut kehendakNya. Ibarat sebuah sungai yang mengalir airnya, ada pasang dan ada surutnya. Adakalanya kita bahagia dan adakalanya kita berduka. Begitulah lumrah kehidupan manusia, di dunia yang hanya sementara.



Bila kesedihan melanda jiwa, kita cuba mengawal perasaan dan menyembunyikan kesedihan serta berlagak seolah-olah kita bahagia walaupun realitinya kita sedang sengsara. Namun adakalanya kita tewas dengan keadaan maka bercucuranlah airmata kerana tidak selamanya kita mampu bertahan.

Sesungguhnya tiada siapapun yang akan terlepas dari ujian Allah. Maka cubalah bersabar saat menghadapi kesedihan yang dirasai. Andai tiada bahu untuk bersandar dan tiada telinga yang boleh mendengar segeralah mencari jalan agar kesedihan tidak terus berlarutan. Pada saya, saya lebih serasi bersendirian dan meluahkan isi hati dalam bentuk penulisan cerita atau pun dalam bentuk puisi disamping berdoa memohon kekuatan dariNya. Ikutlah cara masing-masing. Apa yang penting kita dapat mengubat hati yang luka, walaupun kita tahu, tidak akan segera hilang masalah yang dihadapi. Alhamdulillah. Segala puji hanya untukMu ya Allah.

Aku yang Kau sayangi...
~ Suri Sutera
~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...