Friday, May 19, 2017

* CERITERA ALAM ~ KERANA MULUT BADAN BINASA?

Perkataan kita mencerminkan hati kita kerana apa yang kita luahkan datang dari hati. Baik hati maka baiklah apa yang keluar dari mulut. Hati yang penuh dendam atau rasa tak puas hati akan sering melafazkan kata-kata yang tidak enak didengari. Maka kawallah hati. Ajari hati. Bentuklah hati agar sentiasa bersih dah terhindar jauh dari perasaan marah dan dendam.
Betapapun orang lain cuba menyakiti kita, jangan sampai kita berdendam dan cuba membalasnya. Serahkan segalanya kepada Allah kerana sesungguhnya hukuman di dunia juga pasti dan tak siapapun dapat lari.

Ketahuilah, kerana satu perkataan buruk yang kita lemparkan, rezeki kita juga boleh 'lari'. Saya kata begitu kerana ini pengalaman saya sendiri. Begini ceritanya... Saya baru saja merancang untuk satu projek yang boleh menambah pendapatan sendiri disamping berniat untuk membantu seorang rakan lain untuk sama-sama mendapat manfaat dari projek ini. Saya bercadang untuk menempah dan memasarkan produknya namun segalanya terbantut apabila saya terjumpa kenyataan agak berani rakan saya itu, di laman sosial. Agak lancang sekali perkataannya dan menusuk tajam ke hati saya biarpun saya sangat pasti bahawa kenyataan itu bukan ditujukan kepada saya.
Berbagai gambaran buruk terus menerpa dan bertubi-tubi masuk ke minda saya sekaligus menghilangkan kepercayaan, kasih sayang mahupun rasa simpati saya terhadapnya selama ini. Betapa sebenarnya, kuasa bahasa dan perkataan itu amat besar pengaruhnya.

Saya pasti ada insan lain turut rasa apa yang saya rasa. Betapa rakan saya itu telah melepaskan banyak kebaikan yang bakal datang hanya kerana perkataan kesat yang dihamburkannya. Hmm... Biarlah. Mungkin saya patut banyak bersyukur. Mungkin Allah lebih menyayangi saya dengan tidak melibatkan saya dengan orang seperti itu. Dan mungkin juga dia bukan lah orang yang layak dibantu.

Sahabatku, biar sesakit manapun hatimu, janganlah sampai semua orang tahu. Laman sosial bukan tempat selamat untuk kau melepas dendam dan geram. Malah padah, yang bakal buat hidupmu kelam... Sabarlah! Mohonlah pertolongan Allah. Kerana mulut, bukan rezekimu sahaja yang 'cabut' tapi personaliti dan peribadimu juga turut tercemar walaupun hanya satu sahaja perkataan buruk yang keluar. Mari kita muhasabah diri dan lebih berhati-hati dalam segala tindakan dan percakapan.
Sekian.

Aku Yang Tak Punya Apa-Apa
~ Ozie Mahsa

Terima kasih.

SPONSORED by: AQ BIDARA


AQ BIDARA PRODUCTS

Stokist Shah Alam

WhatsApp: 019 284 3625
http://wasap.my/60192843625

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...