Wednesday, August 15, 2018

* RESIPI ~ KUIH LAPIS (SUKATAN CAWAN)

Dah lama sangat rasanya Laman Sutera tak bersiaran dengan resipi masakan. Macamlah sibuk sangat kann... Hihii...
Tiba-tiba teringin pula nak makan kuih lapis hasil tangan sendiri. Rajinlah konon. Hahaa... Apa yang nampak berlainan, kebanyakan resipi menggunakan lebih tepung beras tetapi resipi ini menggunakan lebih tepung gandum. Sebenarnya saya pernah juga mencuba menggunakan tepung gandum sahaja tanpa sedikit pun tepung beras. Hasilnya tetap menjadi dan sedap. Terpulanglah cara masing-masing ya.
Jom kita tengok dulu resipinya....

KUIH LAPIS

Bahan-bahan:
1. Tepung gandum - 1 cawan
2. Tepung beras - Setengah cawan
3. Gula pasir - Setengah cawan
4. Santan kotak(Kara) - Setengah kotak atau 100ml.
5. Air - 2 cawan atau secukupnya.
6. Garam halus - Suku camca teh.
7. Pati sirap Ros - Secukupnya.

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan kecuali pewarna dan kacau rata.
2. Tapiskan bahan ke dalam 2 buah jug plastik berasingan.
3. 1 jug diwarnakan dengan pati Ros.
4. Sapukan acuan dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sedikit adunan putih terlebih dahulu sebagai lapisan bawah ke dalam acuan dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan hingga betul-betul masak sebelum diselang seli dengan warna ros sehingga habis kesemua bancuhan.
6. Bila siap sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.

Jumlah hidangan: 4-5 orang

Tips:
1. Pastikan setiap lapisan betul-betul masak sebelum memasukkan warna seterusnya untuk mengelak lapisan melekat antara satu sama lain.
2. Potong dengan pisau plastic(pemotong kek) untuk potongan yang lebih kemas.
3. Gunakan santan dari kelapa segar adalah lebih baik kerana hasilnya lebih sedap. Asalkan kuantiti bahan cecairnya tidak banyak berubah.

T.kasih.




No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...