REDHA SEORANG PENIAGA
Memang lumrah bila seseorang peniaga yang bertemu dengan ramai orang atau pelanggan setiap hari akan juga terpaksa berhadapan dengan berbagai kerenah dan sikap manusia yang jenis 'tiada hati'. Paling tidak kita sukai pastinya pelanggan yang tidak jujur atau 'panjang tangan' mengambil hak kita dan 'panjang kaki' pula nak larikan diri. Kalau kurang sabar perkara kecil pun mungkin akan menjadi besar. Walaupun kerugian hanya bernilai RM 1, rasa marah bagai kehilangan ribu-ribu. Sabarlah ya. Hahaa(gelak dua sukukata).
Pada saya yang berniaga barangan kecil-kecil ni, saya redha dengan setiap kerosakan dan kehilangan akibat sikap buruk dan tidak bertanggujawabnya sesetengah orang terutama pelanggan. Mereka mungkin tidak menyedarinya. Pujuk hati saya. Mungkin yang rosak atau hilang itu bukan rezeki saya. Sekali lagi saya pujuk hati ini. Begitulah setiap kali situasi 'menguji hati', saya lalui.
Beberapa kali juga mata ini menjadi saksi akan sikap 'kurang akal' seorang manusia. Sengaja saya bisukan mulut, butakan mata dan pekakkan telinga. Biarlah. Biarlah mereka bahagia dengan cara mereka. Andai melihat anak-anak merosakan barang orang lain itu buat mereka gembira, biarlah. Andai mengambil barang atau hak orang lain itu buat hati mereka berbunga-bunga, biarlah. Saya 'tak rajin' nak menegur mereka. Apa yang pasti riak wajah bersalah mereka itu pula yang mencetus rasa 'ria' di hati saya ini. Hehee...
Pernah seorang pelanggan 'terambil' barang lebih dari harga yang dibayar. Sesedarnya saya, pelanggan itu hilang entah kemana. Hmm... "Tidak mengapa", bisik hati saya walaupun fikiran agak keliru dan sedikit celaru saat itu, kerana berhadapan persoalan dan tanda tanya, 'sengaja' atau 'tidak sengaja'? Seminggu kemudian, pelanggan tersebut datang semula dan kembalikan barang yang 'terambil' dengan agak tergesa-gesa tetapi tidak pula dia meminta maaf. 'Terbelit' sekali lagi otak saya ini memikirkan.
Walapun kadang keletihan kerana seharian berada di premis perniagaan, sempat juga memerhati dalam kehairanan, sesetengah ibu bapa yang tidak peduli dengan sikap nakal anak-anak mereka yang suka menyentuh dan merosakkan barang-barang jualan. Usahkan membayar ganti rugi, tidak pula memohon maaf malah berlalu pergi dengan senang hati. Begitukah sikap kita sebagai ibu atau bapa? Tidakkah kita sedar apa kesannya kepada anak-anak apabila mereka dewasa? Bukankah kita idola paling hampir buat mereka? Kemana hilangnya sikap-sikap terpuji untuk dicontohi? Hmm. Bukan tugas saya untuk menjawab semua soalan-soalan itu. Yang kepedasan termakan cili, patut jawab sendiri dengan fikiran tak berkunci.
Saya sekadar meluah dan tidak langsung berasa marah kerana sesungguhnya saya juga menumpang di bumi Allah. Kita masing-masing sama-sama sedang berusaha mencari rezeki sementara nyawa masih ada lagi.
Salam seluas rezeki.
~ Suri Sutera
IZZ YUSRA
Secret of love
WhatsApp:
wasap.my/60192843625/blogiy
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA