Tentang kami.
Kami punyai minat yang sama. Mungkin kerana minat itulah kami ditakdirkan bersua. Dan kerana takdir juga, kami membuka perniagaan yang serupa. Apa yang anehnya?
Sering kali juga saya bertandang ke premis niaganya mencari bahan keperluan walhal ditempat lain pun saya boleh dapatkan. Niat saya nak tolong kawan. Tiada salahnya kan.
Dia juga pernah datang ke premis niaga saya atas dasar persahabatan. Tiada curiga antara kami. Tiada sangkaan buruk terselit di hati. Curi pelanggan? Curi idea? Atau nak caras rezeki? Allahu. Jauhi kami dari perasaan begini. Jangan juga ada rasa iri hati atau hasad dengki. Kami percaya rezeki kami, Allah yg beri.
Saya tak mampu buat bouquet pelanggan dalam diam nombor hpnya saya berikan kepada pelanggan saya tanpa rasa takut akan pelanggan beraleh haluan. Saya ikhlas demi Tuhan.
Semalam dia buat bouquet untuk pelanggannya tapi saya pula yang jadi runner. Juga tiada yg anehnya bukan? Dia sendiri pun tidak rasa curiga malah mempercayai saya sepenuhnya.
Pelanggan saya pelanggan dia juga. Sudah lama kami sedari itu dan akur dengan apa yang Allah telah atur.
Kami juga cukup memahami, bila hati kita suci, sangkaan buruk tidak akan terbit di hati.
Mungkin kerana itulah, pertemuan yang terjalin lebih 15 tahun dulu, masih kekal hingga kini.
Alhamdulillah.
Terima kasih sahabatku Rose Watie.
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA