* Abu angin
Telah musnah sama sekali.
* Abu Dajal
Orang jahat yang suka mengganggu orang lain.
* Abu Jahal
Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
* Ada akal
Cara menyelesaikan sesuatu masalah.
* Ada angin
Berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika.
* Ada bakat
Mempunyai kebolehan dalam bidang tertentu.
* Ada harta
Orang yang kaya atau berharta.
* Ada hati
Mempunyai keinginan melakukan atau memiliki sesuatu.
* Air muka
Rupa atau wajah seseorang.
* Ajak-ajak ayam
Tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang.
* Alas perut
Makan sedikit sebelum tiba waktu makan.
* Alih angin
Berpindah tempat tinggal.
* Alim kucing
Orang jahat yang berpura baik.
* Anak angkat
Anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri.
* Anak bapa
Anak yang disayangi oleh bapa.
* Anak buah
Orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara.
* Anak emas
Anak yang disayangi ibubapa atau ketuanya.
* Angkat kaki
Meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab.
* Atas angin
Negara-negara di sebelah barat.
* Atas pagar
Tidak menyebelahi mana-mana pihak.
* Ayam tambatan
Orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan.
* Bahasa pasar
Bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya.
* Banyak mulut
Orang yang banyak bercakap.
* Batu api
Orang yang suka menghasut.
* Batu loncatan
Sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati.
* Bau-bau bacang
Tali persaudaraan yang jauh.
* Bawah angin
Negara-negara di sebelah timut.
* Bekas tangan
Hasil kerja tangan seseorang.
* Beralih akal
Berubah fikiran atau pendapat.
* Beralih angin
Pergi ke sesuatu tempat untuk berehat.
* Berat hati
Enggan/malas.
* Berat mulut
Pendiam atau tidak suka bercakap banyak.
* Berat tulang
Orang yang malas bekerja.
* Berat sebelah
Tidak berlaku adil.
* Berbelah bagi
Sukar untuk membuat keputusan.
* Buah hati
Orang yang dikasihi atau dipuja.
* Buah mulut
Sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai.
* Buah tangan
Hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang.
* Bulat hati
Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu/nekad.
* Buruk siku
Mengambil balik sesuatu yang telah diberi kepada orang lain.
* Buta hati
Tidak dapat menerima pengajaran/zalim/kejam.
* Source: E-media + Buku-Siri Roda Kejayaan.
* Click NEXT (C~G)
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA