Friday, February 1, 2013

* SIMPULAN BAHASA (C~G)





* Cabut lari
Meninggalkan sesuatu tempat dengan segera.
* Cabut nyawa
Membunuh.
* Cacing gila
Suka merayau tanpa tujuan.
* Cacing kepanasan
Orang yang sentiasa gelisah.
* Cacing naik ke mata
Kelakuan/perbuatan yang melampau.
* Cahaya mata
Anak.
* Cakar ayam
Tulisan yang buruk.
* Cari jalan
Berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu.
* Campur tangan
Turut serta atau mencampuri urusan orang lain.
* Cupak hanyut
Perempuan yang gemuk.
* Dalam tangan
Sudah pasti akan diperolehi.
* Darah daging
Anak kandung.
* Durian runtuh
Mendapat keuntungan berlipat ganda.
* Ekor mata
Hujung mata.
* Emak buyung
Perempuan yang suka bercerita dengan kanak-kanak.
* Gaji buta
Mendapat gaji tanpa bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh.
* Gelap mata
Hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang dan harta.
* Gila-gila bahasa
Kurang waras tetapi tidak gila.

Source: E-media + Buku-Siri Roda Kejayaan.


* Click NEXT (H~P)

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...