Friday, February 1, 2013

* SIMPULAN BAHASA (H~P)






* Habis akal
Bingung setelah berusaha sedaya upaya.
* Habis bulan
Hujung bulan.
* Habis jodoh
Bercerai.
* Halwa mata
Sesuatu yang mengasyikkan.
* Halwa telinga
Sesuatu yang sedap didengar.
* Hangat hati
Sangat marah.
* Harga diri
Maruah atau kehormatan seseorang.
* Harga mati
Harga tetap yang tidak boleh ditawar lagi.
* Hati emas
Hati yang terlalu baik.
* Hati batu
Degil atau keras hati.
* Hidung tinggi
Sombong atau tinggi diri.
* Hilang akal
Tidak tahu apa yang perlu dibuat/hilang pertimbangan diri.
* Harga pokok
Harga asal sesuatu benda atau barang.
* Hentam keromo
Membuat kerja secara sambil lewa.
* Hidung belang
Lelaki miang.
* Hidung tinggi
Sombong atau tinggi diri.
* Hilang akal
Tidak tahu apa yang perlu dibuat/hilang pertimbangan diri.
* Ikat perut
Menahan lapar kerana berjimat.
* Iblis koreng
Orang yang jahat.
* Iri hati
Menyimpan perasaan dengki atau cemburu.
* Isi hati
Perasaan dalam hati.
* Jalan buntu
Tidak ada jalan penyelesaian.
* Juling itik
Seseorang yang menyengetkan kepala apabila memandang.
* Kemenyan hantu
Kentut atau angin yang keluar dari perut.
* Kacang hantu
Orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain.
* Kaki ayam
Tidak berkasut atau berselipar.
* Kaki bangku
Tidak berkebolehan bermain bola.
* Kaki botol
Orang yang suka minum minuman keras.
* Kecut perut
Merasa takut.
* Langgar bahasa
Bercakap dengan bahasa yang kasar/kelakuan yang tidak sopan.
* Lepas laku
Bebas melakukan sesuatu tanpa segan silu.
* Lepas tangan
Tidak mahu bertanggungjawab.
* Muka talam
Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.
* Mulut berus
Orang yang suka membongkar rahsia.
* Otak cair
Pintar atau bijak.
* Otak kering
Kurang siuman.
* Otak udang
Bebal atau bodoh.
* Pacat kenyang
Pulang segera sesudah makan.
* Paku belanda
Barangan yang tetap harganya.
* Panas hati
Meradang atau marah.
* Panjang tangan
Suka mencuri
* Pasang telinga
Mendengar dengan teliti
* Pekak badak
Kurang jelas pendengaran
* Pembasuh mulut
Makanan atau minuman yang dihidang selepas makan nasi.
* Perang mulut
Pertengkaran
* Pilih kasih
Memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai.
* Pisau cukur
Perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki.
* Puteri lilin
Tidak tahan terkena panas matahari.
* Putih hati
Ikhlas/jujur.
* Putih mata
Mengalami kekecewaan.

Source: E-media + Buku-Siri Roda Kejayaan.

* Click NEXT (R~T)

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...