Memang tak dinafikan ramai anak-anak yang baik dan memahami tanggungjawab mereka sebagai anak... Tapi tak kurang juga ada anak-anak yang tak tahu menghargai kasih sayang mak ayah mereka....walaupun usia mereka sudah cukup ranum...heee... Ada yang masih tidak boleh berfikir apa sebenarnya yang patut mereka sumbangkan kepada mak ayah mereka yang sudah pun lanjut usia.... ada pula yang masih lagi nak menyusahkan mak ayah mereka yang sudah kurang daya. Sudah lah tidak bekerja, makan minum mereka pun masih disediakan...padahal kederat mereka masih kuat. Kalau mak ayah mereka tu orang kaya tak payah ceritalah....dah tentu mak ayah tu redha je... sebab kemana lagi nak dicampak harta yang melimpah tu... kalau bukan pada anak-anak. Yang sedihnya tu...mak ayah pun dapat bantuan dari badan kebajikan.... tapi mereka masih nak menyusahkan mak dan ayah mereka lagi. Ada akal ke macam tu...
Tapi... kalau pandai ambil hati mak ayah tu satu hal juga... tolong urut kaki ayah... tolong ringankan kerja-kerja mak di rumah ke... ini tidak... bangun tidur pun ketika matahari dah tegak atas kepala...diri sendiri pun tak terurus apalagi nak menguruskan mak dan ayah. Tapi kalau dah namanya mak ayah tu.... tak lah mereka tu nak berkira sangat pun dengan anak-anak walaupun hari-hari membebel semata-mata nak betulkan kesalahan anak-anak. Kalaulah perangai tu baik, sopan santun, berbudi bahasa, rajin solat ke...mak ayah pun tak lah sampai hati nak marah...sejuk juga hati dan perut mereka... ini tak...sikap pun lebih kurang anak jin juga...hehee... Hmm...entahlah.... (garu kepala lagi).
Bila dah perangai macam tu, kadang kala mak ayah pun tension.... dan tak pasal-pasal mak ayah yang dah tua tu pula yang bertekak... kan ke buruk bunyinya bila orang tua yang dah bertongkat pun terjerit pekik..... Bayangkan lah...hehee... Bila difikirkan semula, di mana letaknya kebenaran disebalik kata-kata yang tak kurang indahnya itu... Hmm... penyambung kasih ke namanya macam tu... sambung atau tidaknya terpulang kepada budi bicara dan sikap masing-masing... so, nak berpesan pada diri sendiri dan anda juga, kalau tak dapat bantu meringankan beban hidup mereka, kita ringankan lah beban perasaan mereka. Biarlah mereka merasa bahagia dari rasa kasih sayang kita pula...dan mereka pastinya akan tersenyum bangga... Percayalah...!! Jangan tunggu nanti, lakukan sekarang sebelum tiba masa mereka menutup mata dan kita.... berputih mata... (sambil menongkat dagu) Fikirkanlah...!!
3rd. January 2012
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA