Tuesday, March 6, 2012

* KHASIAT COKLAT/CHOCOLATE

All things done excessively will cause harm.....
~ Ozie
SWEET CHOICE Handmade Chocolate
By: LAMAN SUTERA BIZ


                                            CHOCOLATE/COKLAT

                                               Semua orang tahu dan kenal sangat dengan coklat, walaupun ada juga yang tidak suka makan coklat ni. Macam Asharah kawan saya tu.... Hmm....ruginya dia kan? Hehee... Kepada yang memang suka dan gemar sangat makan coklat ni, usahkan makan, bahkan bau dan rupa coklat pun sudah cukup untuk buat mereka menelan air liur..... Haaa....hebat tak? Tetapi malangnya..., kebanyakkan orang yang suka makan coklat ini, tak tahu apa khasiat dan kebaikkan yang terkandung di dalam coklat itu sendiri. Tahu makan aja ekk.... Jadi, susah payahlah saya pergi search info mengenai coklat ini tadi, untuk dikongsikan dengan anda semua...hehe.. Mari kita baca sikit ....

ANTARA KHASIAT COKLAT:

* Mengurangkan proses penuaan dan kerosakan sel.
* Membantu tubuh untuk beristirehat.
* Mengurangkan Insomnia.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung dan ulser.
* Memberi ketenangan dan rasa gembira.
* Mengurangkan tekanan darah.
* Meningkatkan fungsi otak.
* Mengatasi bau mulut dan anti kaviti.
* Menghalang penyakit Alzheimer dan Osteoporosis.

                                               Ok... Macamana? Agak-agaknya anda akan lepaskan peluang ini begitu saja? So, apa kata lepas ini, kepada yang tak suka coklat dan tak pernah makan coklat tu, jangan segan-segan pergi cari dan cuba makan. Tapi, bila dah 'jatuh cinta' dengan coklat nanti, janganlah makan  terlalu banyak pula. Takut nanti penyakit lain pula yang dapat... Hmm... Satu lagi info yang saya dapat mengenai coklat ini, coklat tidak menggemukkan si pemakan coklat... So, tak payahlah risau ya...!! Boleh makan sepuasnya. Saya beritahu ni, bukan sebab saya ni buat bisnes coklat atau pun nak promote bisnes saya tu (kalau nak order Alhamdulillah...hehee...), tapi itulah kenyataannya... Tak percaya? Surf and search sendiri lah ya...hee... Kepada peminat dan penggemar coklat yang tidak henti-henti makan coklat tu, selamat menjamu selera dan makan dengan hati-hati ok... Emm... Yummy!!

* Please CLICK HERE to see more informations.

                                                   ~ Thank You ~

2 comments:

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...