Saturday, June 2, 2012

* RESEPI ~ CUCUR KAROT


CUCUR KAROT

Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum (diayak)
1 labu bawang besar (dicincang)
1 batang karot (diparut kasar)
1 biji cili merah (dicincang)
200 gram isi udang segar (dipotong kecil)
2 tangkai daun sup (dihiris halus)
secukup garam
sedikit kunyit serbuk
secukup air

Cara membuatnya:
1. Campurkan kesemua bahan (kecuali air) di atas, ke dalam bekas.
2. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga rata.
3. Goreng bancuhan seperti biasa dengan api yang sederhana.

Nota:
* Supaya cucur menjadi lebih lembut, biarkan bancuhan selama 20-30 minit sebelum digoreng.

Jumlah hidangan:
* Untuk 2-3 orang.


* Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...