Thursday, September 13, 2012

* ADAB MEMBACA AL-QURAN

Sesungguhnya al-Quran itu penyuluh hidup ...
~ Ozie


ADAB MEMBACA AL-QURAN

1. Membersihkan badan dan pakaian serta mengambil wuduk. Mengambil dan mengangkat al-Quran dengan tangan kanan. 

2. Membaca al-Quran di tempat yang bersih seperti di rumah, surau, masjid dan sebagainya. Yang paling utamanya adalah di masjid. 

3. Menghadap ke kiblat, membacanya dengan khusyuk dan tenang.

4. Membersihkan mulut dari sisa makanan dan bau.

5. Memulakan bacaan dengan membaca ta'awuz (Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam), kemudian disusuli dengan basmallah (Bismillah) serta membaca Ummul Kitab (Fatihah).

6. Membaca al-Quran dengan tartil. Bacaan yang perlahan-lahan dan tenang.

7. Membaca dengan penuh perhatian dan memikirkan tentang ayat-ayat yang dibaca serta cuba memahami maksudnya (adalah lebih elok jika boleh menangis).

8. Bacaannya hendaklah benar-benar diresapkan ke dalam hati, terutama pada ayat-ayat yang menggambarkan tentang nasib orang-orang yang berdosa serta yang melanggar perintah Allah. 

9. Membacanya dengan suara yang indah lagi merdu.

10. Tidak diselang seli dengan perbualan, bermain atau ketawa. Perlu diteruskan bacaan hingga ke ayat yang ditentukan barulah disudahi.

Sumber: Diari Islam, Al-Hidayah


* Please CLICK HERE to see more.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...