Tuesday, December 25, 2012

* KEBAIKAN DAN KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX

Berikhtiar biar sabar.
Berusaha biar jaya.
~ Ozie

Gambar Hiasan

                                                                 Setiap vitamin ada fungsinya tersendiri. Begitu juga dengan vitamin B Complex yang sememangnya penting dalam mengatasi berbagai masalah kesihatan. Sumber vitamin B ini sebenarnya boleh didapati dari makanan harian kita seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, hati, kekacang dan bijirin. Sebagai bantuan untuk pemakanan yang lebih seimbang, anda juga mungkin boleh mendapatkan sumber makanan tambahan berasaskan vitamin B, dari mana-mana produk yang terdapat di pasaran, dengan bantuan dan nasihat doktor terlebih dahulu.

ANTARA TANDA-TANDA KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX
* Kebas kaki atau tangan
* Masalah sembelit
* Paranoia (sejenis penyakit saraf)
* Lemah, lesu dan keletihan
* Insomnia (sukar tidur)
* Kurang selera makan
* Kurang konsentrasi
* Tekanan emosi (kemurungan, mudah merajuk dan tersinggung)
* Lidah bermasalah (merah, bengkak, kurang deria rasa)

ANTARA KEBAIKAN DAN KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX
* Membantu meningkatkan kemampuan berfikir.
* Mengelakkan penyakit beri-beri.
* Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
* Baik untuk kesihatan mata, mulut dan kuku.
* Untuk kesihatan tulang, hati dan jantung.
* Merawat masalah kulit dari dalam.
* Mengatasi masalah keguguran rambut dan rambut cepat beruban.
* Penting untuk sirkulasi (peredaran darah) dan fungsi sistem saraf.
* Mengurangkan stress.
* Menguatkan sistem pertahanan tubuh.
* Membantu masalah pencernaan.
* Diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah.
* Membantu mencegah anemia (tekanan darah rendah).
* Membantu merawat masalah alergi (alahan). 
* Membantu masalah haid dan mencegah kemandulan.
* Memberi tenaga dan mengatasi masalah keletihan.
* Membantu masalah kurang berat badan.
* Membantu menyembuhkan luka.
* Bertindak sebagai agen anti penuaan.

Notes:
* Vitamin B Complex tidak menggemukkan seperti pendapat dan pandangan sesetengah orang.
* Informasi ini hanya sekadar panduan. Sebarang masalah kesihatan yang serius sila rujuk doktor anda.
* Setiap penyakit ada ubatnya. Kesembuhan adalah kehendak dan dengan izin Allah.

Disusun semula oleh: * Ozie Mahsa

* Please CLICK HERE to see more informations.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...