Yang taat beroleh rahmat.
Yang ingkar beroleh sukar.
Yang ingkar beroleh sukar.
~ Ozie
* KELEBIHAN MENGAMALKAN TAKWA
* Tergolong orang yang paling mulia di sisi Allah.
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang-orang yang paling bertakwa."
* Dimuliakan Allah di hari Akhirat.
"Dihiasi kehidupan di dunia bagi orang-orang kafir dan mereka menghina orang-orang beriman dan orang bertakwa: di atas mereka itu (darjatnya) di hari kiamat."
~ al-Baqarah: 212
* Dikasihi Allah.
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa."
~ at-Taubah: 7
* Memperolehi kemenangan dalam kehidupan.
"Barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya dan takutkan Allah serta bertakwa, mereka itulah orang-orang yang menang."
~ an-Nur: 52
* Di sertai Allah setiap perjuangan.
"Dan takutlah kepada Allah dan ketahuikah bahawa Allah beserta orang-orang yang bertakwa."
~ al-Baqarah: 194
* Memperolehi petunjuk dari Allah.
"Kitab itu (al-Quran) tiada keraguan padanya menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa."
~ al-Baqarah: 2
* Mendapat pertolongan Allah.
"Sesungguhnya mereka itu tidak akan mempertahankan kamu dari (seksa) Allah sedikitpun. Sesungguhnya orang-orang yang zalim setengahnya menjadi pemimpin bagi yang lain sedang Allah menjadi pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa."
~ al-Jathiyah: 19
Sumber: Diari Islam, Al-Hidayah
* Please CLICK HERE to see more.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA