Tuesday, January 1, 2013

* SAJAK ~ SANGKAR SEJARAH

Yang lara jangan lagi ditanya.
Yang indah jangan lagi diubah.
~ Ozie



* SANGKAR SEJARAH

Kenangan lalu masih mengharu
impian dulu belum pun layu
mekar dan segar tiada hambar
kerana ...
semalam yang pergi
tidak terus mati

Masih ada misteri perlu digali
masih ada rahsia belum terbuka
sedikit hanya mampu dicalar
sekelumit cuma dapat dibongkar
dan semalam yang berlalu
masih di dada ini terhampar

Bukan mudah melupa sejarah
bersangkar di hati tanpa dikerah
yang indah terus megah
yang lara enggan mengalah
bersilihganti menggegar hati
berulangkali mencuit naluri

Hari ini ...
dengan ikhlas tampil menyerah
bakal tercipta lagi sejarah
menyimpan dan mewarisi
kisah dulu yang belum sudah
cerita lama yang masih ghairah
dengan penuh redha dan pasrah .....

By: * OZIE MAHSA (1st. January 2013)

* Please CLICK HERE to see more poems.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...