Sejarah lara menguatkan jiwa.
Sejarah indah menghilangkan gundah.
~ Ozie
* AMPUNKAN DOSA KAMI
Jika kita cuba membayangkan atau dapat melihat sendiri kepayahan mereka, sudah pasti kita juga akan berasa hairan dan dalam masa yang sama berasa sungguh simpati dengan apa yang terjadi. Tetapi yang empunya diri, bagaikan tidak sayang diri sendiri kerana sanggup menempuh kesakitan dan kepayahan malah sanggup menanggung malu, akibat dari segala salah laku. Pun begitu, kesakitan yang menimpa, hanya mereka yang dapat merasanya. Buruknya pengalaman yang mereka tempa hanya Tuhan yang mengetahuinya.
Melihat seorang wanita ini, membuat mindaku tak henti berfikir dan meneliti. Dengan usia yang semakin meningkat dan dengan kandungan yang semakin sarat, dia terpaksa menanggung berbagai masalah berat. Berpisah dengan suami dan anak-anak tidak mendorongnya untuk belajar dari kesilapan, sebaliknya semakin menjurus kearah hidup yang tidak terurus. Mungkin dek kerana kurangnya iman dia hidup tanpa pegangan dan akhirnya hanyut dipersimpangan jalan. Pun begitu, dia masih mampu tersenyum dan sanggup berhadapan dengan dunia sekelilingnya tanpa peduli jika ada yang mencerca. Kesilapan terus diulangi, lalu lahirlah bayi-bayi yang bukan dari hasil hubungan suci.
Astaghfirullah!! Sebenarnya apakah yang ingin ditunjukkan Allah, dari kejadian-kejadian sebegini? Dugaan dan ujian apakah yang Engkau timpakan kepada yang empunya diri?? Hikmah apakah yang tersembunyi di sebalik apa yang terjadi? Atau memang kesilapan mereka, yang tidak pandai mengawal nafsu sendiri? Atau salah kami kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi, sehinggakan tidak peka dengan masalah orang-orang di sekeliling kami?
Ya Allah! Ampunkanlah dosa-dosa yang mereka lakukan dan tunjukilah mereka itu sebaik-baik jalan. Ampunilah kami yang kurang mengerti dan bimbinglah kami, mengenal realiti. Kerana sesungguhnya, hidup dan matinya jiwa kami, hanya Engkau yang Maha Mengetahui .....
* Please CLICK HERE to see more stories.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA