Wednesday, February 6, 2013

* AKHLAK MUSLIM ~ 1






SIFAT SIFAT TERPUJI

1 - TAUBAH ~ Meninggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakannya dengan niat kerana membesarkan Allah s.w.t. Orang yang bertaubat mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
a) Meninggalkan maksiat dengan kesedarannya.
b) Menyesal dengan perbuatan yang telah dikerjakan.
c) Berazam tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

2 - KHAUF ~ Takutkan Allah, takutkan kepada kemurkaannya dengan memelihara diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah.

3 - ZUHUD ~ Bersih atau suci hati dari berkehendakkan lebih dari keperluannya serta tidak bergantung kepada makhluk lain. Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang dimilikinya adalah sebagai amanah dari Allah.

4 - SABAR ~ Tabah atau cekal menghadapi sesuatu ujian yang mendukacitakan.

5 - SYUKUR ~ Menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehi baik yang lahir mahupun yang batin semuanya adalah dari Allah dan ia merasa gembira dengan nikmat itu serta bertanggungjawab kepada Allah.

6 - IKHLAS ~ Mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaatan serta semua perbuatan yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukan kerana tujuan yang lain.

7 - TAWAKKAL ~ Berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.

8 - MAHABBAH ~ Kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berhidmat dan beribadat kepadaNya serta bersungguh-sungguh menjaga diri dari melakukan maksiat.

9 - REDHA DENGAN QADA' DAN QADAR ~ Merasa lapang menerima ketentuan nasib yang telah ditakdirkan Allah samada yang berupa nikmat atau musibah.

10 - ZIKRUL MAUT ~ Sentiasa ingat kepada kematian.

Source: Diari Islamiah

* Please click SIFAT-SIFAT TERCELA in AKHLAK MUSLIM ~ 2

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...