Thursday, February 7, 2013

* AKHLAK MUSLIM ~ 2




SIFAT-SIFAT TERCELA

1 - SYARHUL THAA'AM ~ Gemar kepada makan atau makan terlalu banyak.

2 - SYARHUL KALAM ~ Gemar kepada bercakap yang sia-sia, percakapan yang tidak berfaedah kepada dunia dan akhiratnya.

3 - GHA'DHAB ~ Bersifat pemarah dan cepat melenting walaupun kesilapan berlaku pada perkara yang kecil.

4 - HASAD ~ Dengki akan nikmat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu mendapat kesusahan melebihi dari dirinya.

5 - BUKHL ~ Bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan hartanya pada jalan Allah.

6 - HUBBUL JAH ~ Cintakan kepada kemegahan dunia dan hatinya sentiasa berkehendak kepada kemahsyuran.

7 - HUBBUN DUNYA ~ Cintakan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah s.w.t.

8 - KIBR ~ Bongkak atau sombong dan merasakan dirinya mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi dari orang lain.

9 - UJUD ~ Merasakan dirinya telah banyak beribadat atau telah banyak harta sehingga ia lupa segalanya adalah nikmat dari Allah.

10 - RIYAK ~ Menunjuk-nunjuk dengan amal ibadatnya, beramal untuk mendapat pujian dan sanjungan atau untuk dipandang mulia oleh manusia bukan kerana Allah.

Source: Diari Islamiah.

* Please click SIFAT-SIFAT TERPUJI in AKHLAK MUSLIM ~ 1

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...