Tuesday, February 26, 2013

* SAJAK ~ ELEGI SEPI SI PERINDU KALIMAT SAKTI




ELEGI SEPI SI PERINDU KALIMAT SAKTI

Tikaman masa lalu

masih menajam di lubuk kalbu
kalimat-kalimat berbisa, terus bersarang di dalam dada
walaupun pernah ku lempar jauh
segalanya, enggan luluh dan luruh

Terkadang ...

jatuh ke riba titisan hangat si airmata
petanda, betapa geruhnya nasib yang menimpa
namun engkau, tak pernah cuba merasainya
kau biarkan ku terlara tanpa ruang harap
sendiri menahan kesakitan
dari bisanya hentakkan senyap

Sekali lagi, hatiku kau hiris luka

kalimat kau tabur, rakus menggera sukma
berbusa diplomasi ku memohon simpati
sekelumit ihsan pun tak pernah singgah di hati
bara kata-katamu kian menggelodak
dan aku ... tak mampu lagi mengelak

Wahai!

dengarkan, gemerencing lagu hatiku
rasakan, lara rasa yang sedang berlayar di atmaku
sedarlah, betapa pedihnya bila kasih dicatu
dan ketahuilah, betapa sakitnya hatiku merindu

Wahai!

ku mohon, tamatkan segera sandiwaramu itu
jangan lagi diulangi kesilapan yang lalu
usah kau biarkan sepi, mengelus rasaku
sesungguhnya, aku terlalu dan teramat rindu
mendengar lontaran kalimat sakti
lahir dari bibir manismu .....
               
By: * OZIE MAHSA (26th. February 2013)

* Please CLICK HERE to see more poems.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...