Tuesday, February 12, 2013

* GANJARAN SEDEKAH




Rasulullah s.a.w. telah bersabda katanya: "Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t dengan 4 jenis pembalasan iaitu:

1 - Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda.
2 - Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda.
3 - Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda.
4 - Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda.

~ Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.

~ Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.

~ Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.

~ Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah."

Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Baqarah, "Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti menanam sebutir biji dan biji itu menerbitkan tujuh tangkai dan pada tiap-tiap tangkai itu pula membuahkan seratus biji buah. Allah akan menggandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah itu Maha Luas lagi Maha Mengetahui."

* Please CLICK HERE to see more.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...