Thursday, February 28, 2013

* KELEBIHAN SURAH AT-TAUBAH AYAT 128-129




KELEBIHAN SURAH AT-TAUBAH AYAT 128-129

Terjemahannya:

Ayat 128 ~ Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Ayat 129 ~ Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :

1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan.
2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan.
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan.
4) Terhindar dari dukacita.
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya.

Source: E-media.

* Please CLICK HERE to see more.

~ Thank You ~

2 comments:

  1. Insya'allah, jika diamalkan selalu, apa yang dijanjikanNYA pasti!

    ReplyDelete
  2. Harus yakin dengan Allah ... Thanks A.R.A.M

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...