1. BATUK BERDARAH
Dapatkan beberapa helai daun peria dan rebuskan dengan dua gelas air. Biarkan air itu suam sebelum diminum. Amalkan setiap pagi dan malam.
2. BUANG AIR BESAR BERDARAH
Tumbuk satu sudu jintan hitam sehingga lumat dan campurkan ke dalam segelas air suam. Amalkan setiap pagi dan malam.
3. BENGKAK USUS
Parut sebuku kunyit hidup dan campurkan dengan sedikit garam, sedikt gula merah dan sedikit perahan limau nipis ke dalam segelas air suam lalu diminum dan amalkan.
4. BEGUK
Campurkan nila (buku) dengan sedikit cuka makan dan sapukan pada tempat yang bengkak dan ulang hingga bengkak surut.
5. DIGIGIT BINATANG BISA
Sapukan tempat yang terkena gigitan dengan air perahan tembakau atau air asam jawa.
6. MEMBUANG ANGIN DALAM BADAN
Bakar 5 ulas bawang putih tapi jangan sampai hangus dan makan sebagai ulam. Boleh juga amalkan minum air halia atau daun mengkudu.
7. CIRIT BIRIT
Minum teh O pekat tanpa gula atau makan beberapa helai daun jambu yang muda (pucuk).
8. MELEMBUTKAN DAGING
Masukkan beberapa potong buah betik muda atau beberapa helai daun nangka kedalam masakan.
9. MENGUBAT GUSI BENGKAK
Potong sejengkal kulit pokok mempelam, basuh dan rebus dengan 3 gelas air dan sedikit garam. Bila air rebusan suam, berkumurlah dan amalkan setiap pagi.
10. MENYEGARKAN BADAN
Amalkan meminum air perahan pegaga yang dicampur dengan sebiji kuning telur dan sedikit madu.
Source: Diari Islamiah + E-media.
* Kita hanya mampu berusaha. Keberkesanan dan kesembuhan adalah kehendak Allah dan dengan izin-Nya. Maka mulakan sesuatu dengan bacaan Selawat dan Basmallah.
~ Thank You ~
Source: Diari Islamiah + E-media.
Please CLICK HERE to see PETUA TRADISIONAL ~ 2
* Kita hanya mampu berusaha. Keberkesanan dan kesembuhan adalah kehendak Allah dan dengan izin-Nya. Maka mulakan sesuatu dengan bacaan Selawat dan Basmallah.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA