1. KEMBUNG PERUT
Hancurkan bawang merah dan sedikit kunyit hidup dan sapukan ke perut.
2. GATAL HIDUNG
Asahkan akar pokok bunga raya dengan sedikit air pada belakang tempayan atau pasu tanah liat. Biarkan sebentar sehingga bahan tersebut mengeluarkan lendir dan sapukan pada hidung.
3. TIDUR BERDENGKUR
Amalkan minum susu suam yang dicampurkan dengan serbuk buah badam, setiap kali sebelum masuk tidur.
4. MENGUAT DAN MELEBATKAN RAMBUT
Sapukan kulit kepala dengan air rebusan serai. Biarkan 1-2 jam sebelum dibilas. Amalkan selama 2 minggu.
5. MENGUATKAN GIGI
Ambil sepotong halia dan lumatkan dengan sedikit garam dan dicampurkan dengan air. Berkumurlah setiap pagi dengan bahan tersebut.
6. KUKU MENCENGKAM
Tumbukkan daun durian belanda hingga lumat dan sapukan pada kuku.
7. MELICINKAN KULIT MUKA
Hiris nipis buah tomato dan lekapkan pada muka beberapa minit sebelum dibilas. Amalkan setiap malam.
8. MENYEGARKAN PENGLIHATAN
Amalkan memandang tumbuh-tumbuhan hijau selama 10-15 minit setiap pagi.
9. KUAH TERMASIN
Masukkan potongan kentang ke dalam kuah hingga kentang empuk.
10. BENGKAK TANGAN
Tumbuk daun dan isi lempoyang hingga lumat dan sapukan pada bahagian yang bengkak.
Source: Diari Islamiah + E-media.
* Please CLICK HERE to see PETUA TRADISIONAL ~ 3
# Kita hanya mampu berusaha. Keberkesanan dan kesembuhan adalah kehendak Allah dan dengan izin-Nya. Maka mulakan sesuatu dengan bacaan Selawat dan Basmallah.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA