Image by Google |
1. SUPAYA RASA PULUT KUNING LEBIH SEDAP
Semasa merendam pulut seperti biasa masukkan sekali 2-3 keping asam keping atau limau nipis (mengikut jumlah pulut). Rendam lebih kurang 2-3 jam sebelum mengukus.
2. MENGHILANGKAN KEDUTAN DI MUKA
Ambil 1 biji karot (saiz sederhana) diparut halus dan dicampurkan dengan 1 biji telur (kuning sahaja). Kemudian pekatkan dengan sedikit tepung jagung untuk dijadikan masker. Sapukan pada muka biarkan beberapa minit dan bilas hingga bersih. Lakukan 2-3 kali seminggu.
3. MENGHILANGKAN URAT TIMBUL DI KAKI
Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan. Makanlah pada waktu pagi dan malam. Selain itu, setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit. Selepas itu barulah tidur.
4. KENCING TIDAK LAWAS
Perah oren dan diambil airnya, dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum. Panaskan pula bawang merah di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.
5. MENGHILANGKAN BINTIK HITAM
Giling hingga halus daun jambu batu yang masih muda dan campurkan bedak sejuk. Sapukan ke muka dan amalkan setiap malam.
6. TEGANGKAN KULIT MUKA
Ambil 1 biji kuning telur (ayam kampung), campurkan dengan 1 sudu madu lebah asli dan setengah sudu pati limau nipis. Kacau sebati dan sapukan pada muka dan biarkan 30 minit sebelum dibilas dengan air suam.
7. TERKENA AIR PANAS
Gosokkan kulit pisang emas yang telah masak dengan segera pada bahagian yang melecur.
8. MERAWAT BATUK
Amalkan meminum 1 sudu kecil madu lebah yang dicampurkan ke dalam suku gelas air suam dan perahan air limau kasturi (1 biji), setiap pagi dan malam.
a) Blend atau kisar 12 batang kacang panjang dan 1 biji buah tomato merah.
Minum terus dan amalkan 2x sehari.
b) Rebus ubi kentang (tanpa garam) hingga masak dan dimakan pada waktu malam sebelum tidur dan selepas bangun tidur pada waktu pagi selama 2-3 minggu.
10. RAMBUT SIHAT DAN CEPAT PANJANG
Rebus 4 batang serai dan biarkan ia mendidih. Kemudian biarkan sejuk dan basahkan rambut dengan air rebusan tersebut. Biarkan selama ½ jam sebelum dibilas. Lakukan 3 kali seminggu.
Source: E-Media
* Please CLICK HERE to see PETUA TRADISIONAL ~ 4
# Kita hanya mampu berusaha. Keberkesanan dan kesembuhan adalah kehendak Allah dan dengan izin-Nya. Maka mulakan sesuatu dengan bacaan Selawat dan Basmallah.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA