1. HALUSKAN TAPAK TANGAN
Campurkan 1 camb. minyak zaitun dengan sedikit gula pasir dan urutkan pada tapak tangan hingga keluar sel kulit mati.
2. MENYUBURKAN POKOK BUNGA
Taburkan serbuk kopi yang telah digunakan disekeliling pokok.
3. MEMUTIHKAN GIGI
Tumbuk arang kayu dan basahkan dengan sedikit air dan gosokkan pada gigi.
4. HIDUNG BERDARAH
Sumbatkan sehelai daun sirih yang telah digulung ke dalam lubang hidung dan berbaring seketika dengan kepala mendongak ke atas.
5. PAKAIAN TERKENA KARAT
Gosokkan buah belimbing buluh pada bahagian yang terkena karat.
Masukkan beberapa batang kulit kayu manis ke dalam balang gula.
7. MENANGGALKAN GETAH PISANG PADA PAKAIAN
Sapukan kapur sirih pada tempat tersebut, biarkan sebentar dan gosok dengan berus.
8. MERAWAT RAMBUT
9. NAFAS BERBAU
Makan hampas kelapa yang telah digoreng tanpa minyak dan minum banyak air suam.
10. MULUT BERBAU
Ambil 10 ulas bunga cengkih dan 3 ulas bawang putih, tumbuk halus dan gosokkan pada gigi atau berkumur dengan bahan tersebut.
Source: Diari Islamiah + E-media.
* Please CLICK HERE to see PETUA TRADISIONAL ~ 5
# Kita hanya mampu berusaha. Keberkesanan dan kesembuhan adalah kehendak Allah dan dengan izin-Nya. Maka mulakan sesuatu dengan bacaan Selawat dan Basmallah.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA