Saturday, March 23, 2013

* KHASIAT DAUN SIREH




KHASIAT DAUN SIREH

1- MEMBANTU MASALAH RESDUNG
Sedut air rebusan sireh perlahan-lahan beberapa kali dan amalkan setiap hari.

2- PENCUCI DAN PENYEGAR MUKA
Basuh atau cuci muka dengan air rebusan daun sirih pada setiap pagi. Ia juga boleh membantu mengurangkan jerawat.

3- MENCEGAH BAU KETIAK
Rendam 2-3 helai daun sireh dalam setengah gelas air panas. Masukkan 1 sudu teh gula dan biarkan suam-suam kuku. Asingkan daun sireh kemudian diminum. Amalkan 2-3 kali seminggu.

4- MENYEGARKAN DAN MENCEGAH BAU BADAN
Rebus daun sireh secukupnya untuk dibuat mandian.

5- UBAT BISUL DAN BENGKAK
Ambil beberapa helai daun sirih, sedikit gambir dan kapur. Tumbuk sehingga lumat dengan sedikit air. Kemudian sapukan di sekeliling bisul tersebut. Biarkan sehari semalam. Ulang sehingga pulih.

6- MEMBANTU MASALAH WANITA
 Ambil daun sirih secukupnya dan direbus bersama garam kasar dan buah manjakani. Gunakan air rebusan daun sirih yang masih suam untuk dibuat cebok atau membersihkan alat sulit.

7- HIDUNG BERDARAH
Ambil sehelai daun sirih, diramas sehingga lembut kemudian sumbatkan ke dalam lubang hidung. Dongakkan sedikit kepala dan bernafas seperti biasa. Selang beberapa minit pendarahan akan berhenti.

8- MASALAH GUSI DAN BAU MULUT
Kunyah daun sirih sehingga lumat dan berkumur-kumur sehingga bersih dari sisa-sisa sireh. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

9- MASALAH BATUK
Minum setengah cawan air rebusan sireh setiap malam sehingga masalah batuk berkurangan.

Nota:

* Untuk masalah 1,2,6 dan 9, pastikan hasil rebusan tinggal hampir separuh dari jumlah air yang asal.
* Air rebusan sireh juga dikatakan baik untuk melancarkan darah dan awet muda.
* Mulakan dengan bacaan selawat ke atas Nabi s.a.w.

Sumber: E-Media
Disusun semula oleh: Ozie Mahsa

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...